Input your search keywords and press Enter.

Perlukah ada wuduk ketika menggunakan aplikasi Al-Quran ??

Sumber gambar daripada Suara Muslim

Dalam keadaan dunia serba canggih sekarang ini kita tidak boleh memberi sebarang alasan untuk tidak sempat membaca Al-Quran. Dengan adanya pelbagai peranti yang berteknologi tinggi, kita boleh memuat turun pelbagai aplikasi termasuk aplikasi Al-Quran.


Dengan adanya aplikasi Al-Quran di dalam telefon pintar, ia membolehkan kita untuk membaca Kalam Allah pada bila-bila masa. namun, kita juga perlu prihatin terhadap penggunaan aplikasi Al-Quran di dalam telefon pintar.


Benar, ia sesuatu yang memudahkan, namun adakah penggunaan aplikasi al-Quran itu perlu dimuliakan sepertimana mushaf kalam ALLAH itu sendiri?


Wajibkah kita untuk mempunyai wuduk semasa membawa telefon bimbit yang mengandungi aplikasi penuh 30 juzuk al-Quran itu?


Bagi menjawab persoalan itu, sebenarnya tidak wajib untuk kita mempunyai wuduk ketika membawa atau menyentuh telefon bimbit, tetapi disyaratkan ada wuduk apabila ingin menyentuh tulisan yang tertera ayat-ayat al-Quran apabila aplikasi tersebut dibuka untuk dibaca.


Firman ALLAH SWT: “Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-mahkluk yang diakui bersih suci.” (Surah al-Waqi’ah, ayat 79)


Selain itu, aplikasi al-Quran tidak dihukumkan sama dengan mushaf al-Quran khusus sewaktu aplikasi berkenaan ditutup.


Namun, kita tetap perlu menjaga kehormatan ayat-ayat suci al-Quran daripada tercemar.


Jika ingin ke tandas, tiada masalah untuk membawa telefon bimbit berkenaan bersama, tetapi pastikan aplikasi al-Quran berkenaan tidak dibuka sebelum memasuki tandas.


Kepada mereka yang ada aplikasi al-Quran dalam telefon bimbit, sila ambil maklum tentang perkara-perkara itu ya.


Apapun jua keadaannya, sebagai umat Islam, menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara kemuliaan kalam ALLAH itu.


(Sumber: Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor)

Leave a Reply