Input your search keywords and press Enter.

Cuti Bersalin 7 Hari Bagi Suami Dibawa Ke Kabinet

M Update, 13/11/2019 – Kementerian Sumber Manusia berharap dapat membentangkan kepada Kabinet cadangan penetapan tujuh hari cuti bersalin (paternity leave) bagi suami yang bekerja di sektor swasta dalam masa terdekat.

Menterinya,
M Kulasegaran, berkata perbincangan dengan pelbagai pemegang taruh
termasuk majikan di seluruh negara sudah diadakan dan berharap dapat
membentangkan usul itu di Kabinet menjelang hujung bulan ini.

“Kita ambil maklum perkara ini secara serius dan memahami sentimen Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dalam isu ini. Kita perlu melakukan perubahan minda dalam isu ini dan bukan mudah bagi kementerian mendapatkan persetujuan pemegang taruh berkaitan berhubung cadangan ini.

“Kita sedar adalah penting bagi kedua ibu bapa berada bersama anak mereka pada awal kelahiran dan saya bercadang mengesyorkan kepada Kabinet dengan harapan ia diberi perhatian serius bagi mewujudkan rumusan yang memanfaatkan semua pihak,” katanya.

Terdahulu, WAO menyerahkan petisyen dengan hampir 40,000 tandatangan kepada Kementerian Sumber Manusia, meminta supaya cuti bersalin tujuh hari bagi suami ditetapkan bagi sektor swasta. Hadir sama pada penyerahan petisyen itu ialah Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Kulasegaran berkata, kementeriannya juga berharap ia menjadi peraturan wajib bagi dipatuhi sektor swasta sekiranya cadangan itu diluluskan sebagai undang-undang. Tambah beliau, memandangkan cadangan cuti bersalin tiga hari bagi suami di sektor swasta pun belum lagi diluluskan sebagai Rang Undang-Undang (RUU) di Parlimen, sudah tentu syor tujuh hari yang mahu dibentangkan kepada Kabinet akan mengambil masa lebih lama untuk dipertimbangkan. They have faster payouts as well as more timely deposit and withdrawal options, clickmiamibeach.com whereas their online-only counterparts can take days to clear the transactions before your next bet.

Sementara itu, Yeoh berkata kementeriannya memberi sokongan padu kepada cadangan itu dan berharap Kementerian Sumber Manusia akan mempercepatkan pembentangannya kepada Kabinet. Fahmi pula berkata, cuti bersalin tiga hari bagi suami memang tidak mencukupi terutama jika bayi yang lahir mengalami komplikasi seperti menghidap demam kuning atau sebagainya.

“Sebagai bapa dan suami, anda tidak cukup masa untuk menemani anak dan isteri ketika tempoh berpantang. Justeru, saya turut menyokong cuti bersalin tujuh hari bagi suami bekerja di sektor swasta ini,” katanya.

Pengarah Eksekutif WAO, Sumitra Visvanathan, berkata petisyen itu bertujuan menggesa kerajaan meneliti cadangan yang diketengahkan secara serius dan berharap dapat dilaksanakan segera.

“Syor cuti bersalin tiga hari bagi suami oleh kerajaan adalah satu langkah yang positif tetapi tidak memadai kerana golongan bapa di sektor swasta juga berhak mendapat cuti tujuh hari, seperti mana selktor awam,” katanya.

Sumber : BH Online

Leave a Reply