Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

December 2019

Agong Lakukan Lawatan Khas Ke UK

M Update, 9/12/2019 – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mengadakan lawatan khas ke United Kingdom (UK) bermula hari ini hingga 16 Disember. Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar memaklumkan, lawatan Al-Sultan Abdullah yang diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, itu melambangkan kepentingan…

Plaster Pak Li beracun!

M Update, 9/12/2019 – Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan menggesa orang awam mengelak daripada membeli dan menggunakan produk tradisional Pak Li Medicated Plaster yang dikesan mengandungi racun berjadual diphenhydramine. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pendaftaran produk itu dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD)…

Tun M : Kerajaan Berusaha Pastikan Kestabilan Negara

M Update, 9/12/2019 – Kerajaan hari ini tidak mampu mengeluarkan banyak wang kepada rakyat kerana terpaksa menggalas tanggungjawab memastikan kestabilan dan membangunkan kembali negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri menegaskan, jika kerajaan hari ini mengamalkan cara kerajaan terdahulu dengan melakukan salah guna kuasa, curi duit dan mengutamakan kawan-kawan,…

Faizul Pulang Tanpa Dendam

M Update, 9/12/2019 -“Saya tidak menyimpan dendam dan menganggap temasya kali ini bukan rezeki untuk menghadiahkan pingat.” Demikian luahan Faizul Nasir, pesilat negara yang tidak sedarkan diri ketika tewas pada pusingan awal Sukan Sea Filipina, Selasa lalu. Atlet berusia 31 tahun itu bersama kem silat kebangsaan menerima sambutan wira setibanya…

Banjir – Masjid Disaran Buat Solat Hajat

M Update, 5/12/2019 – Semua masjid di seluruh negara disarankan mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat esok bagi memohon supaya Allah mempermudahkan segala urusan dan mengelak sebarang kesulitan di negeri dilanda bencana banjir ketika ini. Terkini 12,131 mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan; 1,106 orang…

Kena Cekup Bahana Bergaduh

M Update, 5/12/2019 – Polis berjaya menahan tiga lelaki dipercayai terbabit dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan di sebuah restoran di Batu 6, di Sandakan. Dalam kejadian 11.30 malam kelmarin, suspek berusia 18 tahun hingga 27 tahun menyerang beberapa lagi lelaki yang minum di restoran berkenaan dengan menggunakan kayu besbol. Difahamkan,…

Banjir Gelombang Kedua

M Update, 5/12/2019 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memberi amaran gelombang banjir kedua dijangka berlaku pada 25 dan 26 Disember ini dalam skala sama atau melebihi gelombang pertama. Gelombang kedua dikhuatiri bertembung dengan air pasang besar di laut perairan Kelantan. Mengikut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia terdapat empat hingga enam…

Lindungi Keluarga – Vaksin Influenza

M Update, 5/12/2019 – Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, menggesa rakyat Malaysia melindungi anggota keluarga mereka daripada ancaman influenza melalui suntikan vaksin setiap tahun. Meskipun beliau dan Tun Dr Mahathir Mohamad sentiasa menjaga kesihatan menerusi amalan gaya hidup sihat, suntikan pencegahan itu diambil setiap tahun. Influenza…

Mangsa Banjir Di Kelantan Berkurangan

M Update, 5/12/2019 – Mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 11,386 orang sehingga jam 9 pagi ini. Kesemua mereka membabitkan 4,427 keluarga ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah iaitu Tumpat, Pasir Mas, Pasir Puteh, dan Kuala Krai. Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), menunjukkan…

Pelayaran Ihsan Bantu Nakhoda Kapal

M Update, 5/12/2019 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS), Kota Tinggi, melakukan pelayaran ihsan, hari ini, dengan membantu menghantar seorang nakhoda kapal yang cedera ke Klinik Kesihatan Pengerang. Lelaki rakyat Myanmar berumur 63 tahun itu dihantar ke klinik berkenaan pada 2 petang oleh bot peronda.…