Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

September 2020

JPV: Jangan Makan Daging Dijangkiti Hawar Berdarah

M Update, 18/9/2020 – Penternak dilarang daripada menyembelih, makan dan menjual ternakan yang dijangkiti penyakit Haemorrhagic Septicaemia (HS) atau hawar berdarah. Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu Dr Mohd Termizi Ghazali berkata, biarpun penyakit HS itu tidak menjangkiti manusia, namun daging haiwan yang dijangkiti penyakit itu tidak dibenarkan dijual dan…

Lebih 600 Petugas Kesihatan Dijangkiti COVID-19 – Dr Adham

M Update, 18/9/2020 – Lebih 600 petugas kesihatan di Malaysia telah dijangkiti COVID-19 sejak Februari sehingga semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Daripada jumlah itu, 406 adalah petugas di hospital kerajaan manakala selebihnya petugas dari hospital swasta dan hospital universiti, katanya. Menurut Dr Adham, antara langkah diambil…

Maritim Malaysia Terima Tujuh Bot Pemintas Baharu

M Update, 17/09/2020 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima aset baharu hari ini iaitu tujuh bot pemintas bernilai RM6.3 juta bagi mengukuhkan operasi Op Benteng yang sedang dijalankan pasukan itu di sepanjang Selat Melaka. Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Datuk Mohd Zubil Mat Som, berkata tujuh bot pemintas…

Elaun Sara Hidup Nelayan Dinaikkan Kepada RM300 Sebulan

M Update, 17/9/2020 – Kerajaan bersetuju menaikkan Elaun Sara Hidup Nelayan daripada RM250 kepada RM300 sebulan, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Saya ingin ingatkan, sewaktu Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara, WARISAN adalah sebahagian daripada PH. Di waktu itu, elaun sara hidup nelayan dipotong dari RM300 kepada RM250. “Hari…

Setiap Pejuang Pertaruh Nyawa Pertahan Kedaulatan Negara – Affendi

M Update, 17/9/2020 – Keamanan dan kesejahteraan dikecapi ketika ini tidak diperoleh dengan mudah, sebaliknya melalui pengorbanan pejuang yang mempertaruhkan nyawa dalam mempertahankan kedaulatan negara tercinta ini, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Affendi Buang. Beliau berkata sesungguhnya darah dan keringat perjuangan mereka yang terdahulu, telah menghasilkan keharmonian dan keamanan kepada negara…

Tiada Perbincangan Wajib Basikal Didaftar, Dilesen, Guna Nombor Plat – MOT

M Update, 17/9/2020 – Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak pernah membincangkan cadangan untuk mendaftarkan, melesenkan atau mewajibkan basikal di negara ini menggunakan nombor plat pendaftaran sama seperti kenderaan bermotor. Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata cadangan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) itu tidak pernah dibangkitkan kepadanya.…

Tiada Rakyat Malaysia Di Wilayah Bergolak Marib, Yaman

M Update, 17/9/2020 – Seramai 587 rakyat Malaysia di Yaman dilaporkan tidak terkesan secara langsung dengan insiden ketegangan di wilayah Marib. Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaffar, berkata daripada jumlah berkenaan, 566 warga Malaysia berada di Hadramawt, Aden (tiga), Lahj (empat), Zabid (11) dan Sana’a (tiga). “Mengikut laporan dan maklumat…

Berunding Dengan Filipina Bermakna Malaysia Iktiraf Tuntutan Ke Atas Sabah – Hishammuddin

M Update, 15/09/2020 – Berunding dengan Filipina mengenai tuntutan ke atas negeri Sabah bermakna Malaysia mengakui bahawa tuntutan itu mempunyai asas, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Justeru, beliau berkata tiada sebab untuk Malaysia berunding dengan Filipina mengenai tuntutan ke atas negeri Sabah kerana negara ini tidak mengiktiraf tuntutan tersebut. “Sebelum…

Pencemaran Sungai Gong – Lima Lelaki Ditahan

M Update, 15/9/2020 – Empat ahli lembaga pengarah dan seorang pengurus sebuah syarikat membaiki jentera berat yang didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini berhubung kes pembuangan bahan berbahaya ke dalam Sungai Gong, Rawang, tidak dibenar dibebaskan dengan ikat jamin. Hakim Syafeera Mohd Said membuat keputusan itu selepas menimbang hujahan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad…

Dikompaun Tidak Daftar Mysejahtera

M Update, 15/9/2020 – Lima lelaki dikenakan kompaun kerana tidak mendaftar nama dan nombor telefon melalui aplikasi MySejahtera di sebuah kafe di Pusat Perniagaan Raja Uda, Butterworth malam tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua yang dikompaun adalah pemilik premis, pelayan dan pelanggan…