Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

October 2020

Misi Anwar: Dijadual Mengadap Agong 13 Oktober Ini

M Update, 9/10/2020 – Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah pada Selasa 13 Oktober ini. Pada satu sidang media di sebuah hotel di ibu negara pada 23 September lalu, beliau mendedahkan mempunyai sokongan kukuh daripada Ahli Parlimen untuk menubuhkan…

Kuarantin Wajib 14 hari Jika Masuk Ke Sarawak Mulai 10 Okt

M Update, 9/10/2020 – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini memutuskan bahawa semua warganegara Malaysia yang masuk ke Sarawak perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari di pusat kuarantin ditetapkan mulai 10 Okt ini.  Ujian saringan COVID-19 akan diambil pada hari kedua dan ke-10 dengan kos kuarantin dan ujian ditanggung sendiri oleh…

Jalani Saringan Bagi Individu Pulang Dari Sabah Sebelum 27 September

M Update, 9/10/2020 – Individu yang pulang dari Sabah sebelum 27 September sangat dialu-alukan untuk tampil menjalani saringan COVID-19. Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini mewajibkan semua individu yang pulang dari Sabah, mulai 27 September hingga 10 Oktober untuk menjalani saringan COVID-19, selain diarahkan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah…

Malaysia Kini Memasuki Gelombang Ketiga Pandemik COVID-19 – KP Kesihatan

M Update, 9/10/2020 – Malaysia kini memasuki gelombang ketiga pandemik COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Kita sekarang memasuki gelombang ketiga #COVID19. Sekali lagi kita mesti bersama berpadu tenaga memutuskan rantaian penularan jangkitan ini. – Dr Noor Hisham dalam hantaran di Facebook semalam. . Sehubungan…

Ketua Pengarah Jakim Meninggal Dunia

M Update, 8/10/2020 – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Paimuzi Yahya, meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan paru-paru di Hospital Sungai Buloh, kira-kira 1 tengah hari, hari ini. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim Datuk Abdul Aziz Jusoh ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan berita itu diterima…

Portimonense SC Perkenalkan Pawi Secara Rasmi

M Update, 8/10/2020 – Pemain sayap Harimau Malaya Muhammad Safawi Rasid diperkenalkan secara rasmi bersama pasukan kelab Portugal, Portimonense SC di Stadium Perbandaran Portimao, Portugal pada Rabu. Ramai masih belum tahu mengenai dia (Muhammad Safawi) dan keadaan sama seperti ketika kami membeli (pemain Jepun), Shoya Nakajima (dari FC Tokyo pada…

Aliakbar ADUN Pertama PAS Di Sabah

M Update, 8/10/2020 – Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan antara empat ahli politik yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik, hari ini. Pelantikan itu menjadikan Aliakbar sebagai pemimpin pertama PAS Sabah menjadi ADUN di negeri itu. Tiga lagi yang dilantik ialah Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk…

KEPENATAN PANDEMIK

Oktober bukan tragedi. Walaupun tiba-tiba kes jangkitan baharu COVID-19 meningkat ianya berlaku sebahagian besar dalam lokaliti yang sudah terhad kawalan pergerakannya. Terutama di balik tembok penjara yang sekatan keluar masuk amat ketat. Di lokasi dikenakan PKP Diperketat Bersasar pula, sekatan rentas daerah yang dikenakan menyebabkan risiko penularan juga dapat dikawal…

‘Road Tax’ Motosikal Kini Boleh diperbaharui Di MyEG Mulai 9 Okt – JPJ

M Update, 8/10/2020 – Orang ramai boleh memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal mereka secara dalam talian melalui sistem MyEG mulai 9 Okt ini, demikian menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kenyataan JPJ menyebut bagi Lesen Memandu Kompeten (CDL) pula, pembaharuan secara dalam talian akan dilaksanakan mulai 16 Okt ini.  Bagaimanapun, pembaharuan secara dalam…