Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

January 2021

Tiada Cuti Thaipusam Di Kedah – MB Kedah

M Update, 21/01/21 – Keputusan kerajaan negeri Kedah untuk tidak mengumumkan cuti peristiwa sempena perayaan Thaipusam pada 28 Jan ini, bukan berniat menafikan hak penganut Hindu di negeri ini. Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata, penganut agama berkenaan masih boleh menyambut perayaan itu di mana-mana sahaja, dengan mematuhi prosedur operasi…

Lorong Kecemasan, Lorong Kiri Tapah Ke Bidor Ditutup – PLUS

M Update, 21/01/2021 – Lorong kecemasan dan lorong kiri di antara Tapah ke Bidor di KM329.64 hingga KM331.79 arah selatan) di Lebuhraya Utara Selatan, akan ditutup kepada semua kenderaan selama lima hari mulai 9 pagi esok. PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan sehingga 26 Jan pukul 12.30 tengah hari itu bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan,…

Wujudkan Perundangan Ketat Lindung Privasi Data – PM

M Update, 21/01/21 – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan ASEAN mempertimbang aspek perundangan mengenai privasi data dan hak pengguna yang boleh digunakan ke atas mana-mana entiti digital di rantau ini. Perdana Menteri berkata, ASEAN juga perlu memberi perhatian terhadap aspek perundangan lebih ketat berhubung tindakan memberikan ucapan berunsur kebencian dan…

PKP 2.0 : Inisiatif PERMAI Ringan Beban Ditanggung Rakyat

M Update, 21/01/21 – Kerajaan negeri akan memastikan Sabah mendapat keutamaan dalam semua inisiatif dan pakej rangsangan ekonomi yang diperkenalkan kerajaan Persekutuan bagi mengatasi kesan pandemik COVID-19 terhadap ekonomi. Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, berkata PERMAI dilihat bakal membantu mengurangkan bebanan ditanggung rakyat dalam keadaan sukar ini. “Sabah adalah antara…

COVID-19: Kerjasama Hospital Kerajaan & Swasta Rawat Pesakit Langkah Tepat

M Update, 21/01/21 – Peruntukan RM100 juta bagi meningkatkan kerjasama kerajaan dengan hospital swasta seperti diumumkan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), adalah langkah tepat bagi menangani risiko kegagalan sistemik sektor kesihatan awam. Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr Kuljit Singh, berkata perkhidmatan rawatan kepada…

PKP 2.0 : Suntikan Fiskal RM4.73 Bilion Bantu Pelancongan, PKS

M Update, 21/01/21 – Kerajaan menambah suntikan fiskal RM4.73 bilion bagi sektor perniagaan termasuk pelancongan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI). Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata jumlah itu tidak termasuk inisiatif yang dilaksanakan sebelum ini melalui bantuan…

Pembantu Perubatan Maut Jatuh Bangunan Hospital Di Ipoh

Pembantu perubatan maut jatuh bangunan hospital di Ipoh. M Update, 21/01/2021 – Seorang pembantu perubatan maut, selepas terjatuh daripada tingkat tiga bangunan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, lewat petang semalam. Sebelum terbabit dalam kejadian itu, lelaki berusia 32 tahun berkenaan dikatakan mempunyai masalah kesihatan dan tidak mahu membebankan…

Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN Pertama Bermula Hari Khamis

M Update, 21/01/21 – Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN Yang Pertama (ADGMIN1)  dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan, dengan Malaysia selaku tuan rumah membuka tirainya di sini hari ini. Mesyuarat secara maya selama dua hari itu dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan ucaptama secara…

Lapan Peruncit Sorok Minyak Masak Kena Notis

M Update, 20/01/2021 – Lapan peruncit sekitar bandar raya ini diberikan Notis Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, kerana disyaki menyorok bekalan minyak masak bersubsidi pek polibeg sekilogram (kg), sehingga menimbulkan keresahan masyarakat. Pengarah KPDNHEP Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro, berkata notis itu diberikan bagi mendapatkan maklumat…