M Update, 15/12/2021 – Seramai 10 pendatang tanpa izin ditemukan lemas manakala 21 lagi selamat apabila bot dinaiki mereka karam dipercayai akibat cuaca buruk di perairan Tanjung Balau awal pagi tadi.
Berdasarkan maklumat awal, kira-kira 60 pendatang tanpa izin berada di dalam bot itu. APMM telah mengaktifkan Op Carilamat bermula 8.50 pagi ini dengan mengatur gerak pesawat AW 139 Agusta, kapal KM Tegas dan bot Petir 50.