M Update, 05/03/2024 – Sebuah helikopter AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terpaksa melakukan pendaratan cemas di laut berhampiran Pulau Angsa, pagi tadi. Empat penumpang termasuk juruterbang dilaporkan selamat dalam kejadian tersebut.
Difahamkan, helikopter berkenaan dalam operasi pemantauan di perairan Malaysia dekat Klang. Pasukan keselamatan kini dalam perjalanan ke tempat kejadian bagi membantu semua anggota dan pegawai berkenaan.