Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

April 2024

Pengasas KK Mart Memohon Ampun Dan Maaf Kepada YDPA

M Update, 03/04/2024 – KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Datuk Seri Dr Chai Kee Kan, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd. Pada sesi mengadap itu, Dr Chai memohon ampun dan maaf kepada Seri Paduka Baginda serta seluruh umat Islam berhubung…

Aidilfitri – Kerja-Kerja Selenggara Lebuhraya Dihentikan

M Update, 03/04/2024 – Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, semua kerja-kerja penyelenggaraan di lebuh raya melibatkan penutupan lorong akan dihentikan sementara sehingga 17 April 2024 kecuali untuk kerja-kerja kecemasan sahaja. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 18…

Aidilfitri – Tiket Bas Ke Pantai Timur Telah Habis Dijual

M Update, 03/04/2024 – Sebanyak 220,000 daripada kira-kira 330,000 tiket bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk perjalanan sempena Hari Raya Aidifltiri telah terjual dengan kesemua tiket ke Pantai Timur sudah habis terjual. Tinggal hanya lebih kurang 100,000 tiket bas ekspres yang tinggal, iaitu bagi perjalanan ke utara dan selatan. Agensi Pengangkutan Awam…

STR Mula Dibayar Hari Ini

M Update, 03/04/2024 – Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan bermula hari ini 3 April sehingga 9 April 2024. Kerajaan sentiasa meneruskan bantuan STR di mana jumlah penerima ditambah kepada 9 juta pada tahun ini yang memanfaatkan oleh 60% rakyat dewasa. Selain itu, jumlah bayaran STR untuk golongan…

Aidilfitri – Skim Harga Maksimum Jumaat Ini

M Update, 03/04/2024 – Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 akan dilaksanakan berkuat kuasa mulai Jumaat ini, 5 hingga 19 April 2024 yang melibatkan sebanyak 22 jenis barangan. Barangan yang diwartakan dalam skim berkenaan terdiri daripada tomato, cili merah, kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk…

3 Empangan Di Johor Kritikal

M Update, 02/04/2024 – Paras takungan air di 3 empangan di Johor dikesan menghampiri paras kritikal berikutan cuaca panas sejak bulan lalu dan mampu bertahan sehingga 55 hari sekiranya tiada hujan sehingga 30 April 2024. 3 empangan yang mencatatkan penurunan itu adalah Empangan Sembrong di Ayer Hitam, Empangan Bekok di…

Aidilfitri – Tiada Sambutan Di Seri Perdana

M Update, 02/04/2024 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bercadang untuk membuat sebarang majlis sambutan Aidilfitri di kediaman rasminya di Seri Perdana tahun ini, sebaliknya hanya mahu mengikuti sambutan anjuran kementerian di negeri-negeri. Kerajaan harus mengamalkan langkah berjimat cermat, dan beliau mahu supaya tindakan itu dicontohi oleh agensi-agensi kerajaan…

Op Pagar Laut – 63 Tangkapan & RM5 Juta Rampasan

M Update, 02/04/2024 – Setakat ini sebanyak 63 tangkapan telah dibuat melibatkan jumlah rampasan bernilai RM5 juta sejak operasi Op Pagar Laut dilancarkan pada 12 Mac 2024. Pelbagai pelanggaran undang-undang turut direkodkan melibatkan kesalahan menyeludup minyak masak, gas ataupun barangan kontraban seperti rokok tanpa cukai selain menangkap hasil laut secara…

Baki 2 OPV Akan Diterima Dalam Masa 2 Tahun

M Update, 02/04/2024 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dijangka menerima baki dua Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV) dalam tempoh kurang dua tahun dari sekarang. Anggaran tempoh masa tersebut mengambil kira perkembangan semasa pembinaan OPV 2 yang kini di tahap 75%, manakala OPV 3 lebih 50%. Selain itu, APMM juga…