Input your search keywords and press Enter.

Admin

4792 Articles0 Comments

Sukan Wadah Terbaik Perpaduan

M Update, 3/9/2019 – SIAPA yang pernah lupa dengan skuad bola sepak generasi emas 1980 yang layak ke Olimpik? Diketuai Soh Chin Aun, maruah Malaysia ketika itu turut digalas beberapa bintang seperti Santokh Singh, Hassan Sani, R. Arumugam, James Wong dan Bakri Ibni. Siapa juga yang bisa melupakan skuad badminton…

Sekolah Autisme Dibuka Di Langkawi Disember Depan

M Update, 3/9/2019 – Ibu bapa yang memiliki anak autisme di pulau ini dapat menarik nafas lega, apabila sebuah sekolah khas oleh Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) bakal dibuka Disember depan. Pengerusi NASOM, Feillina Feisol berkata, ketiadaan pusat pembelajaran khusus autisme di pulau ini, menyebabkan ibu bapa perlu menghantar anak…

5,000 Aduan Hina Agama, Nabi Dirujuk Kepada Polis, SKMM

M Update, 28/8/2019 – Kira-kira 5,000 aduan berkaitan penulisan atau provokasi bersifat menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW yang diterima melalui unit pemantau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dirujuk kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata ia adalah sebahagian…

AirAsia Tawar Diskaun 20 Peratus Sempena Hari Kebangsaan

M Update, 28/8/2019 – Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, AirAsia menawarkan diskaun 20 peratus untuk semua tempat duduk bagi semua penerbangan. Syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam satu kenyataan memaklumkan, tempahan berkenaan boleh dibuat melalui laman sesawang AirAsia di airasia.com atau aplikasi mudah alih syarikat berkenaan bermula hari…

Mahkamah Benar Permohonan Komital Terhadap Tommy Thomas

M Update, 27/8/2019 – Mahkamah Koroner membenarkan permohonan komital yang difailkan bapa anggota bomba, Mohd Kassim Abdul Hamid, terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung punca kematian anaknya, Muhammad Adib. Koroner Rofiah Mohamad ketika membaca keputusannya berkata, selepas meneliti semua dokumen dan afidavit yang dikemukakan serta hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati…

Dr M : Pelabur Malaysia Dihormati Kerana Kepakaran Dan Mesra

M Update, 27/8/2019 – Komuniti pelabur Malaysia di luar negara perlu mengekalkan status mereka sebagai ahli perniagaan yang dihormati, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, ini kerana pelabur dan ahli perniagaan Malaysia dikenali atas kemampuan menyediakan kepakaran serta mengamalkan sikap mesra, memahami keperluan sosiobudaya dan perundangan sesebuah negara.…

Sarapan Percuma Murid Sekolah Akan Dipantau KKM

M Update, 27/8/2019 – Kementerian Kesihatan akan memantau penyediaan makanan percuma kepada murid sekolah rendah yang akan dilaksanakan Kementerian Pendidikan, tahun depan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata langkah itu penting bagi memastikan makanan yang dibekalkan selamat dimakan dan mempunyai nutrisi penting kepada murid terbabit. “Kementerian Kesihatan akan…

Tawaran Kerja Buat Bekas Penagih Dadah

M Update, 27/8/2019 – Kira-kira 74 peratus daripada 53,384 Orang Kena Pengawasan (OKP) di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berjaya mendapat penempatan pekerjaan selepas pembebasan di bawah Program Hijrah dalam tempoh enam bulan sejak ia dilaksanakan pada Januari lepas. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Datuk Izhar Abu Talib berkata tawaran…

Jangan Pandang Remeh Pengorbanan Petugas Keamanan, Kemakmuran – Agong

M Update, 278/2019 – Rakyat Malaysia perlu mempamerkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Raja dan negara, termasuk tidak memandang remeh pengorbanan mereka yang menjaga keamanan serta kemakmuran. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah Malaysia sudah meniti pelbagai peristiwa untuk menjadi negara yang berdaulat dan merdeka. “Justeru,…

8 Ditahan Cuba Halang Tugas Penjawat Awam

M Update, 27/8/2019 – Lapan termasuk seorang aktivis sebuah parti politik ditangkap selepas ingkar arahan polis untuk bersurai ketika menyertai satu perhimpunan bantahan oleh sekumpulan penuntut sebuah akademi di Pusat Dagangan NZX, Ara Damansara, dekat sini petang semalam. Dalam kejadian sekitar jam 5 petang itu, kira-kira 50 penuntut kolej berkenaan…