Input your search keywords and press Enter.

Admin

4592 Articles0 Comments

Tak Perlu Lagi Bawa Kad Lesen Memandu Fizikal, Tampal Roadtax Di Kereta

M Update, 10/02/2023 – Pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu mempamerkan cukai jalan di kenderaan masing-masing mulai hari ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook. Katanya, warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui portal awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau aplikasi telefon pintar…

Angka Korban Gempa Bumi Turkiye Kini Mencecah Lebih 21,000

M Update, 10/02/2023 – Jumlah kematian akibat gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye dan Syria kini membabitkan sekurang-kurangnya 21,051, menurut kenyataan pihak berkuasa kedua-dua negara. Di Turkiye, angka kematian meningkat kepada sekurang-kurangnya 17,674 dengan 72,879 yang lain dilaporkan cedera pada Khamis, menurut kenyataan Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye.…

KJ Terima ‘Offer’ Jadi DJ Hot FM, Gamatkan Bekpes Hot

M Update, 09/02/2023 – Media Prima Audio (MPA) hari ini mengesahkan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan bertugas sebagai penyampai di stesen radio Hot FM, mulai Rabu depan. MPA dalam kenyataan menyebut, Khairy atau mesra dipanggil KJ akan mengendalikan segmen Bekpes Hot di stesen radio popular itu, mulai 15 Februari…

Pemain Hoki Digantung Wakili Negara Angkara Komen

M Update, 09/02/2023 – Gara-gara mengeluarkan komen sensitif di media sosial, pemain hoki wanita negara Hanis Nadiah Onn menerima padah apabila digantung dan tidak dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan pada Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini. Keputusan itu dibuat Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) yang…

Kerajaan Cari Mekanisma Bantu Rakyat Tanpa Pengeluaran KWSP

M Update, 09/02/2023 – Kerajaan sedang berusaha mencari mekanisme terbaik membantu rakyat menangani kos sara hidup tanpa perlu membuat pengeluaran Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat perlu sedar bahawa pengeluaran KWSP hanya menjejaskan simpanan mereka ketika sudah bersara. Beliau memberitahu, jika diikutkan kerajaan…

Inisiatif Menu Rahmah Tidak Libatkan Perbelanjaan Kerajaan

M Update, 09/02/2023 – Pelaksanaan inisiatif Menu Rahmah yang menawarkan makanan pada harga RM5 dan ke bawah sejak hujung bulan lepas tidak melibatkan sebarang peruntukan ataupun perbelanjaan daripada kerajaan.  Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata ia sebaliknya adalah sepenuhnya komitmen peniaga yang secara sukarela…

Malaysia Sumbang Lebih AS$2 Juta Untuk Turkiye, Syria

M Update, 08/02/2023 – Kerajaan akan menyalurkan sumbangan wang lebih AS$2 juta kepada kerajaan Turkiye dan rakyat Syria, yang kedua-duanya terjejas dengan bencana gempa bumi pada Isnin lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sumbangan kepada rakyat Syria yang terjejas akan disalurkan melalui Pertubuhan Palang Merah. Beliau berkata, sumbangan…

Sekat Penjualan Aksesori Kenderaan, Tak Adil Pengguna Sahaja Kena Saman

M Update, 08/02/2023 – Aksesori kenderaan yang tidak memenuhi spesifikasi atau melanggar undang-undang mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 perlu disekat masuk ke Malaysia. Presiden Persatuan Pengguna Jalan Raya Kebangsaan, Datuk Mohammad Hisham Shafie berkata, penjualan barangan itu perlu dilarang dibawa masuk di peringkat import lagi. “Apabila ada penjualan adalah…