Input your search keywords and press Enter.

Mohd Fitri

1553 Articles0 Comments

#PRNMelaka – 11,557 Pengundi Mengundi Awal Esok

Seramai 11,557 orang pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab masing-masing di 31 pusat mengundi yang dibuka pada 8 pagi esok bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15. Jumlah pengundi awal itu terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis – Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak Sepanjang proses undi awal ini, pematuhan…

Jemaah luar Arab Saudi Kini Boleh Dapatkan Visa Umrah Melalui Aplikasi Telefon Pintar

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan kebenaran bagi jemaah dari luar Arab Saudi untuk mendapatkan visa umrah melalui aplikasi telefon pintar, “Eatmarna” dan “Tawakkalna”. Selain itu, jemaah juga boleh mendapatkan kebenaran untuk menunaikan solat di Masjidil Haram dan menziarahi Masjid Nabawi melalui kedua-dua aplikasi berkenaan, selepas mendaftar melalui platform…

95.2% Populasi Dewasa Lengkap Divaksinasi

Sebanyak 95.2% atau 22,297,446 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi. Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 97.6 peratus atau 22,865,060 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi. Sementara itu 86.9 peratus atau 2,735,720 individu bagi kadar populasi remaja berumur 12 hingga 17…

Rt COVID-19 Kekal Melepasi 1.00

Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 negara kekal berada pada bacaan 1.05 selama dua hari berturut-turut. Berdasarkan data dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter rasminya hari ini, Putrajaya masih merekodkan kadar Rt tertinggi iaitu 1.20. Negeri lain yang mencatatkan kadar Rt melebihi 1.00 ialah…

#PRNMelaka – Hati-Hati Guna Media Sosial

Polis mengingatkan pihak berkepentingan seperti parti politik dan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka agar sentiasa berhati-hati menggunakan media sosial ketika berkempen bagi menyuburkan proses demokrasi. Polis Melaka sudah menubuhkan pasukan khas bagi memantau platform media sosial secara 24 jam untuk mengenal pasti hantaran yang dimuat naik dalam medium…

Dapatkan Segera Dos Penggalak Jika Dapat Janji Temu

Orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kumpulan rentan dinasihatkan supaya mendapatkan segera dos penggalak apabila janji temu diberi – KPK Tan Sri Dr. Noor Hisham KPK turut melahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes positif COVID-19 negara selama empat hari berturut-turut apabila sebanyak 6,323 kes baharu COVID-19 dicatatkan Khamis. …

3 Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Hadapi Musim Tengkujuh

Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakukan persiapan awal menghadapi musim tengkujuh di tiga negeri iaitu Terengganu, Pahang dan Perak dengan mengurangkan paras air di tiga empangan skim hidroelektrik miliknya bagi menampung peningkatan kapasiti air. Ketiga-tiga empangan TNB di Tasik Kenyir, Cameron Highlands dan Sungai Perak kini bersedia menakung kapasiti air dari…

78.5% Populasi Remaja Lengkap Vaksin

Seramai 2,472,098 individu atau 78.5 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini sudah menerima vaksin COVID-19 lengkap setakat 11.59 malam tadi – Data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW.  Secara keseluruhan, seramai 24,730,649 atau 75.7 peratus populasi Malaysia sudah menerima vaksin COVID-19 yang lengkap.   Mengenai jumlah dos vaksin harian,…

Vaksinasi Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun Bermula Tahun Depan

Pemberian vaksin COVID-19 keluaran Pfizer BioNTech kepada kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun akan bermula pada 2022. Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan buat masa ini, hanya vaksin itu yang tersedia bagi kegunaan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan sedang menunggu kelulusan regulatori daripada Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat. Kerajaan kini…