Input your search keywords and press Enter.

Dunia

Nepal Hantar Pasukan Kutip Sampah Di Gunung Everest

M Update, 12/04/2019 – Selama berdekad aktiviti pendakian dikomersialkan, gunung paling tinggi di dunia sudah bertukar menjadi tempat longgokan sampah oleh pendaki. Kerajaan Nepal akan menghantar sebuah pasukan berdedikasi ke Gunung Everest semasa musim pendakian kali ini bagi mengutip sampah sarap dan mayat yang mencemarkan gunung paling tinggi di dunia,…

Polis Jerman Serbu Pejabat Pertubuhan Islam Disyaki Bantu Hamas

M Update, 11/04/2019 – Polis Jerman semalam menyerbu pejabat milik pertubuhan Islam disyaki membantu membiayai kumpulan Islam Palestin, Hamas, yang disenarai hitam Kesatuan Eropah (EU), kata Kementerian Dalam Negerinya. Kementerian berkata, sasaran utama serbuan itu ialah WorldWide Resistance-Help dan Ansaar International, dipercayai mengumpul dana untuk Hamas, yang mentadbir Semenanjung Gaza,…

Doktor Keluarkan ‘Lebah Peluh’ Dari Mata Wanita Taiwan

M Update, 11/04/2019 – Seorang wanita berusia 29 tahun tidak tahu mengapa matanya bengkak dan tidak boleh dibuka. Mangsa berada dalam kesakitan amat sangat sehingga menangis. Wanita Taiwan itu berkata, dia keliru punca yang menyebabkan jangkitan matanya semakin teruk, lapor CTS News. Sebaliknya apabila meneliti mata He menerusi mikroskop, Ketua…

Kim Kardashian Sasar Jadi Peguam Menjelang 2022

M Update, 11/04/2019 –  Bintang televisyen Amerika Syarikat (AS), Kim Kardashian, yang terkenal dengan rancangan realiti dan berkahwin dengan artis hip-hop Kanye West, kini belajar undang-undang dan berharap lulus peperiksaan menjadi peguam menjelang 2022, lapor majalah Vogue semalam. Jutawan gaya hidup berusia 38 tahun itu yang memiliki 134 juta pengikut…

Rambut Terpanjang Di Dunia

M Update, 10/4/2019 – Seorang gadis Jepun yang rambutnya tidak pernah digunting sejak dilahirkan buat pertama kali pada usia 19 tahun akhirnya memotong rambutnya itu minggu lalu, kerana akan memulakan pengajian di universiti bulan ini. Keito Kawahara, 19, yang pernah diiktiraf mempunyai rambut terpanjang di dunia, mahu mendermakan rambutnya itu…

AKP Pertimbang Rayu Pilihan Raya Semula Di Istanbul

M Update, 10/04/2019 – Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata semalam, ia akan menuntut pilihan raya datuk bandar Istanbul yang dipertikaikan diadakan semula susulan kekalahan partinya dan penolakan tuntutan kiraan penuh. Rayuan AKP memetik wujud penyelewengan selepas calonnya di Istanbul kalah tipis minggu lalu…

Perompak Larikan Wang Tunai RM11.46 Juta Dari Pesawat

M Update. 10/04/2019 – Sekumpulan penyerang bersenjata menceroboh landasan di lapangan terbang Tirana awal semalam dan melarikan wang yang akan dipindahkan ke bank di Vienna. Polis Albania menangkap empat orang dan menyoal siasat 40 lagi lewat semalam selepas perompak bersenjata melarikan wang jutaan euro dari pesawat Austria Airlines dalam satu…