Input your search keywords and press Enter.

Dunia

Kes Tembak Universiti Carolina Utara, Penuntut Gadai Nyawa Lawan Penyerang

M Update, 02/05/2019 –  Seorang penuntut berusia 21 tahun menggadaikan nyawanya dengan menjatuhkan penyerang yang melepaskan tembakan di bilik kuliah sebuah universiti, kata polis di Amerika Syarikat (AS) semalam. Ketua Polis Charlotte-Mecklenburg, Kerr Putney berkata, pihak berkuasa masih berusaha mencari motif sebenar serangan dua hari lalu di Universiti Carolina Utara…

Mahkamah Tolak Tuntutan Batal Naik Taraf Heathrow

M Update, 02/05/2019 – Datuk Bandar London, Sadiq Khan berserta beberapa majlis tempatan dan pertubuhan kebajikan alam sekitar semalam, gagal dalam tuntutan mahkamah bagi menghalang pelaksanaan projek naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow (Heathrow). Heathrow adalah lapangan terbang paling sibuk di Britain. Dalam tuntutan mahkamah berkenaan, kesemua pihak terbabit cuba…

Setiausaha Pertahanan Britain Dipecat Bocor Rahsia Kerajaan

M Update, 02/05/2019 –  Perdana Menteri Britain, Theresa May memecat setiausaha pertahanannya, Gavin Williamson, semalam, selepas siasatan mencadangkan beliau bertanggungjawab membocorkan perbincangan mengenai syarikat telekomunikasi China Huawei daripada Majlis Keselamatan Nasional (NSC). “Siasatan terhadap kebocoran maklumat ini mencadangkan bukti kukuh kamu bertanggungjawab. Tiada versi lain yang lebih kuat untuk menjelaskan…

Remaja mengaku tidak bersalah serang rumah ibadat kaum Yahudi

M Update, 01/05/2019 – Seorang remaja yang dituduh menembak mati pengikut Yahudi dan mencederakan tiga mangsa lain di rumah ibadat kaum itu di California mengaku tidak bersalah semalam atas tuduhan membunuh dan melakukan jenayah kebencian. John Earnest, 19 dilihat tidak memberikan sebarang reaksi dan hanya berdiam ketika peguamnya mengemukakan rayuan.…

Rakyat Argentina mogok bantah dasar ekonomi presiden

M Update, 01/05/2019 – Ribuan rakyat Argentina mengadakan tunjuk perasaan semalam dalam mogok yang turut menyebabkan penerbangan tergendala, selain membawa kepada penutupan bank dan beberapa perniagaan lain sebagai membantah dasar ekonomi Presiden Mauricio Macri. “Saya datang ke sini untuk membantah kerana gaji yang tidak mencukupi. Kerajaan harus berundur. Ia tidak…

Calon Presiden Wujud ‘Bilik Perang’ Kira Undi

M Update,01/05/2019 – Dalam sebuah blok bangunan pejabat di ibu kota ini, penyokong muda Presiden Indonesia Joko ‘Jokowi’ Widodo duduk memandang skrin untuk mengira gambar kiraan undi dari stesen pengundian, dua minggu selepas pilihan raya bagi mengetuai negara demokrasi ketiga terbesar dunia. Kempen penentang menubuhkan operasi mereka sendiri, digelar ‘bilik…

Jokowi Mahu Pindah Ibu Negara Keluar Dari Jawa

M Update, 30/04/2019 – Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo memutuskan untuk memindahkan ibu kota negara keempat paling ramai penduduk di dunia itu keluar dari pulau Jawa yang padat, tetapi belum memuktamadkan lokasi baru, kata Menteri Perancangan, hari ini. Bagaimanapun, antara yang menjadi calon ibu negara baru Indonesia adalah Palangkaraya di Kalimantan…

Washington Digesa Bayar Kos Hospital RM8 Juta

M Update, 30/04/2019 – Bekas diplomat yang mengetuai usaha membebaskan rakyat Amerika Syarikat dari Korea Utara, mahu Washington menunaikan janjinya untuk membayar kos rawatan hospital pelajar terbabit. Bekas wakil khas Amerika Syarikat ke Korea Utara, Joseph Yun, mengesahkan kepada Reuters, bahawa beliau ada menandatangani perjanjian dengan Pyongyang untuk membayar AS$2…

Angka Kematian Tanah Runtuh Cecah 13 Orang

M Update, 30/04/2019 – Seramai 13 penduduk maut dalam kejadian tanah runtuh di timur Republik Demokratik Congo (DR Congo), selepas tujuh lagi mangsa dilaporkan terbunuh semalam. Pihak berkuasa berkata, ia berpunca daripada hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu. “Pada Jumaat lalu, enam penduduk dilaporkan terkorban di…

Banjir Paksa 10,000 Penduduk Timur Kanada Berpindah

M Update, 30/04/2019 – Lebih 10,000 penduduk terpaksa di timur Kanada terpaksa dipindahkan dalam tempoh beberapa hari lalu, susulan banjir kilat yang melanda kawasan berkenaan. Menurut pihak berkuasa, banjir yang disifatkan terburuk sejak 2017, dijangka mengambil masa selama beberapa minggu untuk surut. Pada masa sama, operasi menyelamat haiwan peliharaan juga…