Input your search keywords and press Enter.

KPN : Polis Akan Siasat, Cari Pihak Terlibat Kematian Muhammad Adib

M Update, 27/9/2019 – Polis akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyiasat dan mengenal pasti pihak yang terbabit dalam kematian anggota Muhammad Adib Mohd Kassim, susulan keputusan inkues yang diumumkan Mahkamah Koroner, Shah Alam hari ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama pegawainya…

Keluarga Muhammad Adib Harap Suspek Dibawa Ke Muka Pengadilan

M Update, 27/9/2019 – Abang Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, Mohd Asraf, berharap suspek yang bertanggungjawab menyebabkan kematian adiknya segera dibawa ke muka pengadilan. Beliau berkata, ini kerana keluarga Muhammad Adib masih menuntut keadilan, selepas hampir setahun insiden menyayat hati itu berlaku. “Kami sekeluarga bersyukur dengan keputusan Mahkamah Koroner hari…

Kematian Adib Disebabkan Tindakan Jenayah

M Update, 27/9/2019 – Kematian anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Balai Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kasim adalah akibat daripada tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali. Mahkamah Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusannya sebentar tadi selepas prosiding perbicaraan memakan masa 41 hari. Dalam keputusannya, Rofiah berkata, kecederaan lung chest…

TASKA Berdaftar JKM Diberi Diskaun 20 Peratus Bil Elektrik

M Update, 27/9/2019 – Diskaun bil elektrik sebanyak 20 peratus akan diberikan kepada pengusaha Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di Semenanjung yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tempoh bermula 1 November ini hingga 31 Disember 2020. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh, berkata keputusan yang dipersetujui…

AR Badul Mahu Inkues Siasat Punca Kematian Anak

M Update, 27/9/2019 – Pelakon serta pelawak veteran, AR Badul mahu inkues diadakan bagi mencari punca kematian anaknya, Mejar Mohd Zahir Armaya, dalam insiden tertembak ketika gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Sabah, awal bulan ini. Badul atau nama penuhnya, Armaya…

Keputusan Inkues Adib Hari Ini

M Update, 27/9/2019 – Mahkamah Koroner Shah Alam dijangka membuat keputusan inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, pada 9 pagi ini. Ia dijangka dibacakan oleh Koroner Rofiah Mohamad. Sepanjang prosiding inkues selama 41 hari bermula 11 Februari lalu, seramai 30 saksi memberi keterangan dengan 137 eksibit dikemukakan. Prosiding inkues dikendalikan…

Jawatankuasa Khas Bincang Kuat Kuasa Perintah Lelaki Bayar Nafkah Bekas Isteri, Anak

M Update, 27/9/2019 – Kerajaan mengadakan rundingan dengan beberapa pihak berkepentingan termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memastikan perintah Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadanah dan Nafkah dapat dikuat kuasa dengan sempurna. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata ia bagi memastikan bekas suami melaksanakan perintah atau keputusan…

MetMalaysia : Hujan Hasil Pembenihan Awan Tidak Jejas Kesihatan

M Update, 26/9/2019 – Orang ramai tidak perlu bimbang dengan hujan hasil operasi pembenihan awan (OPA) kerana ia tidak menjejaskan kesihatan, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Jailan Simon. Beliau berkata MetMalaysia menggunakan kaedah pembenihan basah (wet seeding) melalui garam dengan kandungannya natrium klorida atau jenis garam masakan dilarutkan…

Yazit Search Sudah Tiada

M Update, 26/9/2019 – Bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad, 57, meninggal dunia pada 11.53 pagi ini di Hospital Kuala Lumpur. Rakan baiknya, Ashaari Mohd Nasir mengesahkan perkara itu menerusi kenyataan yang disampaikan menggunakan aplikasi WhatsApp. Menurutnya lagi, Allahyarham akan dibawa ke Masjid Salehuddin Al-Ayyubi, Taman Melati di sini…