Input your search keywords and press Enter.

Perkampungan Haram PATI Dalam Hutan Diserbu!

M Update, 23/8/2019 – Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyerbu sebuah tapak penempatan haram didiami warga asing di Segambut Dalam, di sini, awal pagi tadi. Penempatan dihuni lebih 100 warga asing dalam kawasan hutan itu seakan-akan sebuah perkampungan tersembunyi dilengkapi kemudahan elektrik dan bekalan air. Sebahagian lagi kawasan penempatan…

‘Jika tiada sijil halal, jangan salah guna tulisan jawi’

M Update, 22/8/2019 – Syarikat bukan Islam yang tidak mempunyai sijil halal tetapi menggunakan tulisan jawi pada pembungkusan produk untuk tujuan mengelirukan pengguna boleh diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011). Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, larangan itu sudah termaktub…

Mohd Zubil Dilantik Ketua Pengarah Maritim Malaysia Yang Baharu

M Update, 22/8/2019 – Timbalan Ketua Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som dilantik sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang baharu berkuat kuasa 19 Ogos lepas. Pelantikan sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang kelima itu menyaksikan beliau dinaikkan pangkat kepada Laksamana…

Keputusan SPM Ulangan 2019 Pada 28 Ogos Depan

M Update, 22/8/2019 – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan 2019 membabitkan 9,827 calon akan dikeluarkan pada 28 Ogos ini. Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata calon akan dimaklumkan mengenai keputusan masing-masing melalui pos atau mendapatkannya dengan menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat mereka mendaftar. Keputusan juga boleh disemak…

Wei Liang Dituduh Membunuh Syed Muhammad Danial

M Update, 22/8/2019 – Seorang pekerja teknologi maklumat didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh Syed Muhammad Danial Syed Syakir, di Lebuhraya Utara Selatan, pada 10 Ogos lalu. Yew Wei Liang, 41, mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca terhadapnya di hadapan Majistret Nor Afidah Idris. Bagaimanapun tiada…

Hormati Perkara 8 CRC – SUHAKAM

M Update, 22/8/2019 – Isu berkaitan hak kanak-kanak mengekalkan identiti seperti dijamin dalam Perkara 8 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) perlu dihormati semua pihak. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dalam satu kenyataan, berkata perkara itu perlu diambil kira dalam pertimbangan terhadap kepentingan kanak-kanak susulan perbincangan berterusan mengenai status penukaran agama…

KLIA Alami Gangguan Sistem

M Update, 22/8/2019 – Kedua-dua terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini mengalami gangguan sistem sementara. “Sejak gangguan itu (berlaku), pasukan kami telah bekerja sepanjang masa, bukan hanya untuk memulihkan keadaan tetapi juga meminimumkan kesulitan yang dialami penumpang. Kami akan mengeluarkan maklumat terkini selanjutnya mengenai situasi ini sama ada…

MySC Ganti Hari Sukan Negara

M Update, 22/8/2019 – Hari Sukan Negara yang disambut setiap tahun, bermula pada 2015 kini ditukar kepada nama baharu iaitu Malaysia Sports Challenge (MySC) mulai tahun ini. Penjenamaan semula program tersebut diumumkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim ketika sesi taklimat kepada penaja berpotensi untuk MySC 2019 semalam. “Ini…

Dr Siti Hasmah Dianugerah Gelaran ‘Ibu Negara’

M Update, 22/8/2019 – Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, dianugerah gelaran ‘Ibu Negara’ oleh Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di majlis Makan Malam Gala sempena sambutan Hari Wanita Kebangsaan di sebuah hotel terkemuka di sini, Rabu malam. Pengerusi ASLI dan Pengasas Pemegang Amanah Yayasan Jeffrey…

Keputusan Inkues Adib September Depan

M Update, 21/8/2019 – Mahkamah Koroner di Shah Alam , hari ini menetapkan 27 September depan sebagai tarikh keputusan inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim. Koroner Rofiah Mohamad menetapkan tarikh itu selepas mendapati tiada apa-apa lagi bagi prosiding inkues itu untuk diteruskan. Mahkamah sebelum ini secara rasminya telah…