Input your search keywords and press Enter.

Henti Skim Pencen Masih Dalam Kajian

M Update, 5/9/2019 – Cadangan untuk menghentikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam bagi lantikan baharu bermula tahun hadapan masih dalam peringkat kajian, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. “Saya difahamkan ia akan dibawa dan diangkat kepada kabinet untuk mendapatkan persetujuan atau pun tidak… kita akan bincangkan lebih…

PDRM Jalankan Siasatan Penuh Berhubung Kematian Komando

M Update, 5/9/2019 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan penuh terhadap insiden kematian melibatkan seorang komando semasa melakukan tugasan rasmi di Kem Lok Kawi, Sabah, semalam. Menyifatkan insiden itu sebagai malang tidak berbau, Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata siasatan dijalankan mengikut prosedur bagi mengenal…

Tiga Kawasan Di Sarawak Catat IPU Tak Sihat

M Update, 5/9/2019 – Kawasan barat Sarawak kini menerima kesan daripada fenomena jerebu teruk yang sedang melanda Kalimantan Barat, Indonesia. Hingga jam 9 pagi ini, dua kawasan baharu mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat iaitu Samarahan pada 105 dan Sri Aman, 122. Ia sekali gus menjadikan tiga…

‘Road Tax Can Be Paid At Post Office’

M Update, 5/9/2019 – Road tax renewal can still be done at post offices for now while authorities find solutions to plug leakages caused by underpayment of road tax by certain quarters, said Anthony Loke. The Transport Minister said while there was a possibility that leakage could be stopped if…

Dr Mahathir Adakan Pertemuan Dengan Modi, Putin Di Russia

M Update, 5/9/2019 – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi di kampus Far Eastern Federal University, di sini, pagi ini. Pertemuan dua hala Malaysia-India itu turut disertai Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan pegawai kanan kedua-dua negara. Dr Mahathir kemudian akan mengadakan…

Mujahid : Jumaat Diisytihar Hari Penggunaan Tulisan Jawi

M Update, 5/9/2019 – Hari Jumaat diisytiharkan sebagai hari penggunaan tulisan jawi sebagai usaha untuk memperkasakan tulisan itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Beliau berkata tulisan jawi adalah platform untuk mengembalikan sejarah warisan negara kerana Malaysia dan Bahasa Melayu secara khususnya menggunakan tulisan itu…

Pelbagai Acara Dijadual Sempena Hari Keputeraan Rasmi Agong

M Update, 5/9/2019 – Pelbagai acara rasmi dijadualkan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 9 September ini. Tarikh berkenaan diwartakan sebagai cuti umum sempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong bagi tahun ini. Acara sambutan dimulakan dengan Majlis Bacaan…

Lapor Jika Terlihat Aktiviti Mencurigakan Di Laut – ESSCom

M Update, 4/9/2019 – Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (ESSCom) Datuk Hazani Ghazali meminta komuniti maritim khususnya nelayan agar melapor terus kepada pasukan keselamatan jika terlihat apa-apa aktiviti yang mencurigakan di laut. “Jangan teragak-agak untuk membuat laporan agar kita dapat hidup dalam keadaan harmoni dan selamat,” kata Hazani. Menurut…

Elak Buat Spekulasi Insiden Pegawai Komando Tertembak

M Update, 4/9/2019 – Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden pegawai komando tertembak ketika gimik penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia di Lok Kawi, Sabah, hari ini, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu. Sebaliknya, orang ramai perlu menunggu hasil laporan bedah siasat bagi menghormati sensitiviti keluarga Allahyarham dan pihak…