M Update, 28/4/2020 – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad, memberi jaminan kebajikan semua penuntut yang masih berada di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) ketika ini sentiasa terpelihara dan dijaga. “Jangan risau, anak-anak tuan dan puan yang masih berada di kampus ini, Insya-Allah akan berada di bawah jagaan kampus masing-masing.…

M Update, 27/4/2020 – Sebilangan besar pelajar di institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta mampu tersenyum lebar, hari ini kerana akan memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing. Bagi pelajar beragama Islam, sudah pasti terbayang hidangan juadah berbuka puasa yang bakal dinikmati bersama keluarga selain menjalani ibadah puasa dengan…

M Update, 21/4/2020 – Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) untuk menguruskan perjalanan pulang pelajar universiti ke rumah masing-masing. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata antara SOP yang diambil kira ialah tempoh yang perlu diambil…

M Update, 17/4/2020 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat ketetapan membatalkan pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) bagi subjek bertulis yang dijadualkan akan diadakan pada 28 September hingga 1 Oktober ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata,…

M Update, 15/4/2020 – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun ini dibatalkan. Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid, sama juga PT3. “Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan…

M Update, 13/4/2020 – Pelajar institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta diminta terus kekal di asrama dan kolej masing-masing sehingga arahan terbaharu dikeluarkan. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan semalam, kementerian bersetuju dengan keputusan kerajaan supaya pelajar terus kekal berada di lokasi masing-masing sehingga arahan terbaharu dikeluarkan daripada…

M Update, 26/3/2020 – Ujian berat buat kanak-kanak berusia dua tahun apabila bukan saja menghidap kanser darah, malah menjadi mangsa termuda positif Covid-19 di Kelantan. Muhammad Fateh Aqil Mohd Nazmee yang sepatutnya menjalani rawatan kimoterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), namun terpaksa menangguhkan selepas ujian darah yang dilakukan mendapati…

M Update, 25/2/2020 – Menyedihkan apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama dipaksa merangkak dalam kelas oleh wanita dipercayai ibu kepada seorang murid. Kisah itu mendapat perhatian warganet selepas rakaman video berdurasi dua minit 17 saat tular di laman sosial. Rakaman itu dimuat naik seorang pengguna Facebook bernama Asmadi As-Ad Dimasyiqi…

M Update, 13/2/2020 – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pemangku Menteri Pendidikan hari ini melancarkan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) yang merupakan inisiatif kerajaan dalam usaha meningkatkan keberhasilan pembacaan rakyat di negara ini. Menurut buku atur cara pelancaran DMK, melalui inisiatif itu, kerajaan akan memantapkan persekitaran asas galakan…

M Update, 6/2/2020 – Kejayaan dan kemajuan sebagai satu bangsa bukan hanya ditentukan olehvbahasa kebangsaan sahaja, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri yang juga pemangku Menteri Pendidikan menyatakan demikian mengenai cadangan memperkenalkan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) dalam bahasa Inggeris di sekolah. “Saya Melayu. Saya sayang…