M Update, 5/2/2020 – Jumlah kematian terkini akibat wabak coronavirus meningkat kepada 490, selepas pihak berkuasa di wilayah Hubei melaporkan 65 lagi kematian, hari ini. Dalam taklimat hari ini daripada suruhanjaya kesihatan di Hubei, peningkatan turut berlaku ke atas jangkitan terbaharu, dengan 3,156 kes. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kepada 23,500…
M Update, 4/2/2020 – Rakyat Malaysia pertama berusia 41 tahun yang berasal dari Selangor disahkan positif jangkitan coronavirus baharu (2019-nCoV). Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata lelaki terbabit mempunyai sejarah perjalanan ke Singapura, dari 16 hingga 22 Januari lalu bagi menghadiri mesyuarat bersama delegasi antarabangsa termasuk China. Lelaki…
M Update, 3/2/2020 – Seramai 16 individu dilarang masuk ke negeri ini pada Sabtu dan Ahad lalu, bagi mengekang penularan coronavirus atau 2019-nCoV. Daripada jumlah itu, 13 adalah warga China, Hong Kong (dua) dan Indonesia (satu). Jabatan Imigresen Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata, warga Indonesia dan Hong Kong itu…
M Update, 3/2/2020 – Kerajaan belum bercadang untuk mewajibkan pemakaian topeng muka di tempat awam susulan penularan novel coronavirus (2019-nCoV) di China. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, berkata setakat ini virus baharu itu belum menular dalam komuniti di negara ini, justeru mereka yang sihat tak perlu pakai topeng…
M Update, 3/2/2020 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menolak dakwaan pihak tertentu yang menyatakan ia lewat menangani wabak koronavirus baharu. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, fasiliti kesihatan dan pasukan bantuan berada pada tahap terbaik, membuktikan kesiapsiagaan kerajaan dalam menghadapi penularan wabak yang bermula di Wuhan, China. “Kita…
M Update, 31/1/2020 – Berita mengenai seorang lelaki warganegara India berusia 23 tahun yang kononnya meninggal dunia di Malaysia akibat 2019 novel koronavirus adalah palsu. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi catatan terbaharu dalam akaun Facebook rasminya menegaskan tiada warganegara India direkodkan oleh makmal yang menjalankan ujian pengesahan koronavirus di Malaysia.…
M Update, 31/1/2020 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sudah bersiap sedia untuk membawa pulang 80 rakyat Malaysia di Wuhan, China susulan wabak 2019 novel koronavirus di sana. Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata keputusan itu dibuat Kabinet semalam, yang memberi keutamaan kepada keselamatan rakyat di sana memandangkan situasi penyakit…