Input your search keywords and press Enter.

Kerana Microsleep Hilang Dua Anak

M Update, 13/6/2019 – Dua kanak-kanak perempuan maut selepas kereta dinaiki bersama keluarga terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Kilometer 56 Jalan Kalabakan-Sapulut dekat Kalabakan, semalam.

Dalam kejadian 8 pagi itu, mangsa, Nur Halisa Sufiyya Resmansaha, 7, dan adiknya, Nur Syaakur Safiyyah, 5, yang duduk di kerusi penumpang belakang tercampak keluar dari kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tawau, Pemangku Asisten Komisioner Peter Anak Umbuas berkata, ketika kejadian, mangsa bersama keluarganya dalam perjalanan pulang dari arah bandar Tawau menuju ke Labuan. Katanya, kereta pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero Sport yang dipandu ibu mangsa, Nur Asilah Abd Majid, 33, dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum terjunam ke dalam gaung.

Akibat kemalangan itu, Nur Asilah dan suami, Resmanshah Indrat, 34, bersama seorang lagi anak lelaki mereka, Amru Muhammad Shah berusia 16 bulan mengalami kecederaan ringan. Semua mangsa yang terselamat duduk di hadapan kenderaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Peter berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat pemandu terlelap sehingga mengakibatkan kenderaan hilang kawalan dan terbabas. Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – BH Online

Leave a Reply