Input your search keywords and press Enter.

Suspek Bunuh Dan Rogol Ibu Tunggal Direman Seminggu

M Update, 1/4/2020 – Suspek kes bunuh seorang lelaki dan rogol ibu tunggal di Kampung Mujur, Jelawat, kelmarin ditahan reman seminggu. Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 19 tahun bermula hari ini sehingga Selasa depan.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintedan, Samsulmuddin Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman suspek selama seminggu. Katanya, suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Terdahulu, suspek ditahan polis di kediamannya jam 10.30 pagi semalam. Suspek ditahan ketika sedang tidur di rumah berkenaan yang terletak tidak jauh dari lokasi berlaku kejadian jenayah itu. Dalam kejadian 7 pagi kelmarin, seorang lelaki maut ditikam manakala dua lagi cedera termasuk seorang ibu tunggal dipercayai dirogol suspek.

Lelaki yang maut berusia 28 tahun ditikam di perut dan dada manakala rakannya, lelaki berusia 25 tahun cedera parah yang dikatakan berada di rumah wanita ibu tunggal berusia 40-an ketika kejadian berlaku. Suspek dipercayai memecah masuk rumah wanita berkenaan sebelum meletakkan pisau di tengkuk mangsa dan merogolnya. – BH Online

Leave a Reply