M Update, 4/10/2019 – Wanita yang terbabit kes langgar lari dua peserta larian Standard Chartered KL Marathon, Ahad lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang, hari ini, atas pertuduhan memandu melulu hingga menyebabkan kemalangan dan memiliki dadah. Peniaga dalam talian, Cham Shan Jer, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan…
M Update, 4/10/2019 – Menceroboh masuk ke perairan Malaysia dan kemudian tinggal bersembunyi di beberapa penempatan transit bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Itu taktik digunakan nelayan dari Indonesia untuk mencuri hasil laut di kawasan perairan Selat Melaka dengan menjadikan beberapa rumah atas air di Pulau Ketam di Pelabuhan Klang, Selangor…
M Update, 4/10/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi jaminan kepada rakyat bahawa kerajaan akan mentadbir negara ini mengikut peraturan undang-undang dan bukan menurut beliau, yang berlandaskan undang-undang zalim seperti pentadbiran sebelum ini. Perdana Menteri berkata, rakyat akan berasa selamat apabila kerajaan yang memerintah negara ini mengikut peraturan…
M Update, 4/10/2019 – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan berlaku sebarang kucar-kacir atau kekasaran ketika menjalankan pemeriksaan di DHA Healthcare Enterprise di Bukit Damansara, Kuala Lumpur semalam. Sebaliknya pemeriksaan oleh anggota Cawangan Penguatkuasa Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya itu mematuhi prosedur ditetapkan Kementerian Kesihatan…
M Update, 4/10/2019 – Lagu ‘Negaraku’ tidak perlu ditukar hanya kerana beberapa pihak mempertikaikan keasliannya, tegas Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah. Katanya, lagu kebangsaan berkenaan yang dipersetujui digunakan semua negeri termasuk Sarawak ketika menyertai Malaysia pada 1963, merupakan identiti negara dan bukannya…
M Update, 4/10/2019 – Kakitangan awam yang berjaya mendedahkan salah laku dan penyelewengan akan dianugerahkan Anugerah Integriti dan Personaliti (IPA) serta diberi insentif wang tunai sehingga RM30,000. Menteri Kewangan (MOF), Lim Guan Eng berkata, setiap aduan salah laku dan penyelewengan perlu disalurkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian untuk siasatan dan tindakan…
M Update, 4/10/2019 – Selepas dua bulan menjejaki seorang lelaki yang menyamar sebagai ‘Asisten Superintendan (ASP) Wan Faizul’ untuk memperdayakan mangsa, akhirnya suspek terbabit ditahan di Ayer Keroh, Melaka. Suspek berusia 36 tahun berkenaan pada mulanya dikesan berada di Rasah, Negeri Sembilan, namun berjaya ditahan di Melaka selepas kenderaan dipandunya…
M Update, 4/10/2019 – Kod Etika Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri 2019 dilancarkan untuk menjaga imej kerjaya itu, sekali gus tugas penguatkuasa agama dilaksanakan dengan menekankan dakwah secara berhikmah dan bijaksana. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata kod etika yang dilancarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)…
M Update, 4/10/2019 – Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggalakkan lebih ramai majikan dan syarikat untuk tampil menyediakan peluang pekerjaan kepada bekas-bekas penagih dadah. Beliau berkata sejak awal tahun ini hingga Sept, 1,109 majikan dan syarikat terlibat dalam memberi pekerjaan kepada bekas klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Berdasarkan…
M Update, 4/10/2019 – Kerajaan bekerjasama dengan platform e-dagang, Shopee dalam usaha mempromosikan kempen ‘Beli Barangan Malaysia’. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata industri e-dagang berkembang pesat di seluruh dunia sekali gus memberikan peluang yang besar kepada pengguna dan usahawan. Katanya, pertumbuhan…