Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

June 2020

Jangan Alpa Walaupun Kes COVID-19 Turun Ke Satu Angka

M Update, 9/6/2020 – Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan bermula esok sehingga 31 Ogos depan, memberikan kelegaan kepada orang ramai apabila lebih banyak kelonggaran diberikan, untuk menjalani rutin kehidupan harian.  Pelaksanaan PKPP menyaksikan bukan sahaja hampir kesemua sektor ekonomi kembali beroperasi, malah kegiatan sosial, pendidikan, keagamaan, dan rekreasi, juga…

MY30 Bantu Pengguna Pengangkutan Awam

M Update, 5/6/2020 – Kerajaan akan memperkenalkan insentif MY30 bagi membantu pengguna yang menggunakan kenderaan awam bagi menampung kos pengangkutan awam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata menerusi insentif itu pengguna hanya perlu membayar RM30 sebulan atau RM1 sehari bagi penggunaan pengangkutan awam. “Insentif ini akan berkuat kuasa mulai…

Internet Percuma Untuk Semua Pengguna Setiap Hari

M Update, 5/6/2020 – Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi menyediakan internet dengan kapasiti satu gigabait secara percuma kepada pengguna. Perkhidmatan internet percuma itu bermula 8 pagi hingga 6 petang setiap hari. Inisiatif yang akan diberikan sehingga 31 Disember depan diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membentangkan Pelan Pemulihan…

PKP Dilaksanakan Ikut Lunas Undang-Undang

M Update, 5/6/2020 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilakukan kerajaan tidak mengikut lunas undang-undang berikutan penularan Covid-19 masih belum diwartakan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, wabak itu tidak diwartakan sebagai penyakit berjangkit mengikut Jadual Pertama, Akta 342 kerana ia…

Pendekatan Menyeluruh Tangani Jangkitan Kalangan Pekerja Asing

M Update, 5/6/2020 – Pendekatan menyeluruh perlu diambil dalam menangani penularan wabak COVID-19 kalangan pekerja warga asing terutama pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam depoh tahanan Imigresen. Ia berikutan, keadaan depoh tahanan yang mempunyai ruang terbatas dan sesak, dilihat menyumbang kepada penularan wabak berkenaan, seperti yang digambarkan melalui bilangan kes…

Perutusan Khas Perdana Menteri Dinantikan Rakyat

M Update, 5/6/2020 – Menjelang sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan atau berakhir pada Selasa ini, perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek, hari ini, pasti dinanti-nantikan rakyat. Perutusan khas itu akan disiarkan secara langsung pada pukul 3 petang menerusi saluran stesen…

Rumah Pengasuh Patut Daftar Bagi Pemantauan SOP

M Update, 4/6/2020 – Taska, tadika atau pengasuh yang beroperasi tanpa kebenaran agensi kerajaan hendaklah berdaftar segera bagi memastikan usaha agensi kerajaan memerangi wabak COVID-19 berjalan dengan baik. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pusat jagaan kanak-kanak berdaftar sudah mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk…

Penjaja Warga Asing Degil Terus Digempur

M Update, 4/6/2020 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus menggempur penjaja warga asing yang masih berdegil meneruskan operasi mereka di kawasan luar Pasar Borong Kuala Lumpur di sini, hari ini. Jurucakap DBKL berkata, seramai 14 pegawai dan anggota penguat kuasa DBKL melakukan pemeriksaan di Jalan 1/2A berhampiran pintu keluar…

Mangsa, Keluarga Boleh Saman Pemandu Mabuk

M Update, 4/6/2020 – Mangsa atau ahli keluarga boleh mengemukakan tuntutan sivil bagi menuntut pembelaan atas kecuaian pemandu mabuk yang menyebabkan kecederaan atau kematian. Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, berkata mereka mempunyai hak untuk membuat tuntutan itu…