Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

August 2020

Perlis Pertimbang Laksana TEMCO

M Update, 7/8/2020 – Perlis mempertimbangkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) di kawasan tertentu jika jumlah kes COVID-19, di negeri itu mencatatkan penambahan hari ini. Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, berkata pihaknya mengesahkan jumlah kes COVID-19 bakal bertambah lagi 10 kes hari ini…

Polis Nasihat Masyarakat Jangan Panik Dan Sebar Khabar Angin

M Update, 7/8/2020 – Pihak polis menasihatkan masyarakat di sekitar Kulim tidak panik berikutan situasi semasa yang menyaksikan peningkatan kes penularan wabak COVID-19 di daerah berkenaan. Ketua Polis Daerah Kulim Supt Azhar Hashim berkata semua pihak diingatkan supaya tidak menyebarkan khabar angin dan menghebahkan berita tidak tepat kepada umum sehingga menimbulkan kegelisahan penduduk.  “Pihak…

Kluster Sivagangga Merebak Ke Perlis – MB

M Update, 7/8/2020 – Perlis mencatatkan 11 kes baharu positif Covid-19 termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul, Sanglang, Arau dekat sini. Pesakit terbabit merupakan kluster pesakit bawah siasatan (PUI) Sivagangga. Kesemua mereka adalah merupakan ahli keluarga yang tinggal serumah dengan pesakit pertama…

Kerajaan Sedia Pertimbang Cadangan Wajibkan Latihan Kebakaran Di Sekolah Tahfiz

M Update, 7/8/2020 – Kerajaan mungkin mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan pelaksanaan sesi latihan kebakaran di sekolah tahfiz berdaftar di negara ini, pada masa depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, sesi latihan kebakaran itu dilihat penting dan sesuai dimulakan pada masa kini,…

Luqman Perlu Jaringkan Gol, Jadi Wira Malaysia

M Update, 7/8/2020- Untuk dikenali dan menempa nama dia perlu jaringkan gol”. Itu antara nasihat pemilik KV Kortrijk, Tan Sri Vincent Tan kepada penyerang sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin selepas dia sah menjadi milik kelab Divisyen Satu Belgium itu.  Bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu menandatangani kontrak lima tahun…

Warga Asing Tidak Dibenar Kerja Barisan Hadapan – KSM

M Update, 6/8/2020 – Warga asing tidak dibenarkan bekerja dalam sektor tertentu sebagai pekerja barisan hadapan. Menegaskan perkara itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, ia bertujuan bagi memberi peluang kepada warga tempatan mendapat tempat dalam bidang pekerjaan, sekali gus mengurangkan kadar pengangguran negara. “Selepas mengambil kira pelbagai…

Rayhan Kabir Dijangka Dihantar Pulang 31 Ogos

M Update, 6/8/2020 – Lelaki warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang sebelum ini mencetuskan provokasi dalam dokumentari berjudul ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ terbitan Al Jazeera akan dihantar pulang ke negara asalnya paling awal 31 Ogos ini. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata Md Rayhan akan disenarai hitam…

‘Tag’ Masuk Taman Tema, Bukan Gelang COVID-19

M Update, 6/8/2020 – Gelang merah jambu dipakai seorang individu dikesan di sebuah kedai makan di sini, bukan untuk pesakit di bawah pengawasan (PUS) COVID-19, sebaliknya gelang pengenalan masuk ke sebuah taman tema. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima…

Malaysia sedia hulur bantuan kepada Lubnan – Wisma Putra

M Update, 6/8/2020 – Malaysia sudah bersedia untuk menghulur bantuan kepada Lubnan dalam apa jua cara yang mungkin, susulan kejadian letupan hebat yang menggegarkan Beirut, Lubnan, Selasa. Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada kerajaan dan seluruh rakyat Lubnan yang terkesan dengan tragedi itu. “Malaysia tersentak…

Permohonan Lanjutan Moratorium Bermula 7 Ogos – MOF

M Update, 5/8/2020 – Kementerian Kewangan menggesa individu yang ingin melanjutkan moratorium hadir ke bank untuk membuat permohonan berkenaan bermula 7 Ogos ini tidak menunggu saat akhir . Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah, berkata ini bagi mengelakkan kesesakan di bank ketika pandemik COVID-19. “Kalau 7.7 juta pemohon itu…