Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

August 2020

Tiada Kompromi Warga Asing Jalankan Perniagaan – KP Imigresen

M Update, 13/8/2020 – Jabatan Imigresen sentiasa melaksanakan operasi secara berskala bagi membanteras kegiatan warga asing berniaga secara tidak sah di seluruh negara termasuk di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, dekat sini. Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, bagaimanapun sepanjang operasi dijalankan terdapat isu yang mana warga asing berkahwin…

Sarawak Kembali Berstatus Hijau – JPBNS

M Update, 13/8/2020 – Sarawak kembali menjadi negeri berstatus hijau selepas tiada kes baharu positif COVID-19 jangkitan tempatan dilaporkan di semua daerah di negeri ini sejak 14 hari lepas. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata ini dicapai selepas daerah Kuching dan Serian yang sebelum ini berstatus…

Keterlaluan Tuduh Anggota Polis Tidak Solat – KPN

M Update, 12/8/2020 – Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan dakwaan dibuat pemilik Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut yang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menjaga solat sebagai keterlaluan. Beliau juga berkata isu itu tidak sepatutnya dibangkitkan dalam khalayak ramai. “Ini (solat) soal…

4 Ditahan Pasang Bendera Terbalik – Polis Johor

M Update, 12/8/2020 – Polis menahan empat individu termasuk seorang lelaki warga Bangladesh dipercayai memasang Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik di sebuah kilang perabot di Kawasan Perindustrian Tebrau, petang semalam. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata bertindak atas maklumat dna susulan laporan polis dibuat orang…

Dosa Besar Langgar Arahan TEMCO – Mufti Perlis

M Update, 12/8/2020 – Tindakan melanggar peraturan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) bagi mengekang penularan wabak COVID-19 adalah dosa besar dari segi agama, kata Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.  Beliau berkata tindakan itu bukan hanya salah di sisi undang-undang malah ia satu dosa besar kerana membahayakan nyawa…

Sambutan Maal Hijrah Dengan Norma Baharu

M Update, 12/8/2020 – Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2020M akan berlangsung 20 Ogos ini seperti ditetapkan dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri, berkata pihaknya…

Cuaca Panas Melampau: Amalkan Langkah Pencegahan Mencukupi

M Update, 11/8/2020 – Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan langkah pencegahan ketika negara sedang dilanda cuaca panas pada masa ini. Public Health Malaysia menerusi kenyataan dalam laman Facebooknya berkata, strok haba boleh berlaku jika seseorang mengalami keletihan haba pada waktu panjang. “Panas. Malam pun panas. Cuaca sehari dua ni lain…

Hentikan Jualan Daging Haiwan Eksotik – Sultan Johor

M Update, 11/8/2020 – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, memberi amaran kepada pemilik restoran yang menjual daging haiwan eksotik di negeri ini supaya segera menghentikan perbuatan itu. Sultan Ibrahim melalui akaun rasmi Facebook baginda bertitah, mereka yang masih ingkar dan terus menjual daging haiwan berkenaan, bakal berdepan tindakan tegas daripada…

LTTE Masih Disenarai Sebagai Pengganas di Malaysia – KDN

M Update, 11/8/2020 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih mengklasifikasikan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sebagai kumpulan pengganas. Menegaskan perkara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, berkata KDN menyenaraikan LTTE sebagai Entiti Yang Ditentukan seperti tertakluk dalam Seksyen 66B (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang…

Jumlah Saringan COVID-19 Malaysia Setanding Korea Selatan

M Update, 11/8/2020 – Purata 31.29 ujian saringan COVID-19 yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi setiap 1,000 orang adalah setanding dengan Korea Selatan yang berjaya mengekang dengan pantas penularan wabak itu. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bilangan ujian itu memadai kerana kes positif dalam negara kurang daripada satu peratus, iaitu 0.9 peratus.…