M Update, 14/9/2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan satu maklumat yang tular di media sosial mengenai seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor yang kononnya dibunuh.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata pegawai polis wanita berkenaan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu di Klang pagi tadi.
Video itu dianggap mengancam keselamatan pegawai polis berkenaan dan PDRM mengklasifikasikan kes itu sebagai satu bentuk ugutan jenayah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 509 kerana perbuatan mengaibkan kehormatan, dan (kami) telah buka satu kertas siasatan berhubung kes ini. Kami akan siasat siapa (individu) yang menyebarkan gambar dan video itu di laman media sosial,”
Sementara itu, PDRM dalam kenyataan berkata berita yang mengaitkan pegawai polis wanita itu dengan kejadian bunuh adalah tidak benar sama sekali.
“Pegawai terbabit telah membuat laporan polis bagi menafikannya,” menurut kenyataan itu.
Sumber : Bernama