Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

February 2021

Rakyat Malaysia Digalakkan Tampil Daftar Vaksin

M Update, 24/02/2021 – Tan Sri Muhyiddin Yasin meminta semua rakyat tampil dan mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 bermula hari ini. Dalam ucapan ringkas selepas menjadi rakyat Malaysia pertama menerima vaksin itu, Perdana Menteri menegaskan bahawa vaksin ini selamat dan tidak mendatangkan sebarang implikasi yang teruk terhadap tubuh badan.…

Boleh Pakai Baju Biasa Hingga 26 Mac – KPM

M Update, 24/2/2021 – Murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian biasa sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan 2021. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan kebenaran itu diberikan bermula 1 Mac hingga 26 Mac depan. “KPM menerima banyak pertanyaan daripada ibu bapa mengenai peraturan pemakaian…

Perkhidmatan Firefly Air Cargo Kembali Beroperasi

M Update, 24/02/2021 – Perkhidmatan penghantaran memberi impak besar kepada pengguna, terutamanya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Berikutan pengumuman lanjutan PKP sehingga 4 Mac, rakyat akur dengan saranan kerajaan supaya terus duduk di rumah dan memanfaatkan perkhidmatan penghantaran yang tersedia. Sepanjang tempoh ini, servis penghantaran pantas diperlukan bagi menghantar…

Tunggu Waran Tangkap Untuk Sajat – JAIS

M Update, 24/2/2021 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) masih menunggu waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam terhadap usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali Nur Sajat sebelum mengambil tindakan susulan. Jurucakap JAIS berkata, pasukan penguat kuasanya akan menangkap Nur Sajat untuk dibawa ke mahkamah bagi proses…

Tiger Woods Kemalangan, Cedera Parah

M Update, 24/2/2021 – Pemain golf Amerika Syarikat, Tiger Woods dimasukkan ke hospital hari ini selepas terbabit dalam kemalangan kereta yang dilaporkan mengalami “kerosakan teruk,” kata Jabatan Polis Los Angeles. Tiger Woods mengalami kecederaan serius pada kedua-dua belah kakinya ketika kenderaan dipandunya terbabas dan bergolek beberapa kali dekat Los Angeles…

Pembayaran BPR Fasa I Mulai Hari Ini

M Update, 24/02/2021 – Pembayaran Fasa I Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dipercepatkan dari Mei depan kepada penghujung Februari ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Pembayaran itu akan dibuat secara berperingkat mulai hari ini bagi membantu kelangsungan hidup rakyat, terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang…

PM Mulakan Program Imunisasi COVID-19 Hari Ini

M Update, 24/2/2021 – Malaysia memulakan program vaksinasi percuma secara besar-besaran hari ini untuk memastikan penduduk negara ini, baik rakyat tempatan atau warga asing, dilindungi COVID-19 yang menjangkiti lebih 290,000 orang dan meragut lebih 1,000 nyawa. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan itu akan diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang…

DJ Persenda Guru DidikTv Letak Jawatan

M Update, 23/02/2021 – Penyampai radio Hitz FM Sarawak, DJ Yusuf meletak jawatan berkuat kuasa, semalam. Ia susulan kontroversi membabitkan Yusuf, 29, atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Shukri yang mempersenda bahasa Inggeris seorang guru di aplikasi TikTok. Perletakan jawatan itu disahkan pihak pengurusan Hitz FM Sarawak menerusi hantaran di Instagram.…

Suntikan Vaksin Ambil Masa 15 hingga 30 minit – Dr Adham

M Update, 23/2/2021 – Individu yang akan disuntik dengan vaksin COVID-19 perlu melalui lima stesen di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dengan proses suntikan mengambil masa antara 15 dan 30 minit, termasuk proses pemantauan untuk kesan sampingan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata stesen pertama ialah untuk saringan gejala…

Vaksin COVID-19: Malaysia Terima 182,520 Dos Tambahan Esok

M Update, 23/2/2021 – Malaysia akan menerima 182,520 dos tambahan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech, esok, untuk edaran ke negeri yang belum memperoleh bekalan, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin. Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, vaksin berkenaan yang dikeluarkan di Belgium, dijadualkan tiba di…