Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

January 2022

RFID: Gantian Percuma Jika Rosak

M Update, 20/01/2022 – Pengguna lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang mengalami kerosakan pelekat sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan menerima gantian pelekat itu secara percuma. Isnin lepas, media melaporkan beberapa plaza tol di Lembah Klang termasuk Plaza Tol Putra Mahkota dan Sungai Besi sesak teruk ekoran…

TBC: Makan Besar Bersama Keluarga, Ziarah Dibenarkan

M Update, 19/01/2022 – Masyarakat yang akan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina pada 1 Februari depan, dibenar mengadakan jamuan makan besar bersama ahli keluarga terdekat pada malam 31 Januari ini. Resepsi Tahun Baharu Cina turut dibenarkan tetapi hanya boleh diadakan di ruang tertutup dan membabitkan jemputan yang terhad. Bagaimanapun, ia…

Perlukah Lorong TnG, Smart Tag Dimansuhkan?

M Update, 19/01/2022 – BELUM pun reda dengan pelbagai isu di negara ini, timbul pula kontroversi yang tidak sedap didengar iaitu berhubung penggunaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID). PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sebelum ini mengumumkan akan beralih kepada sistem pembayaran transaksi tol RFID di semua lebuh raya mereka bermula Sabtu…

Rezeki Hijrah, FBI Buka Pusat Tahfiz

M Update, 19/01/2022 – Memilih jalan yang mendekatkan dirinya kepada agama menuntut pengorbanan yang bukan sedikit buat bekas penyampai radio dan pengacara terkenal, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI. Demi kekal istiqamah dan menjaga keimanan diri, Faizal mengakui pernah menolak tawaran mengendalikan sebuah program hiburan, biarpun ketika itu dia…

Bantuan Automotif: Boleh Claim Bengkel Tak Berdaftar

M Update, 19/01/2022 – Kerajaan menambah baik pelaksanaan inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia dengan mewujudkan kaedah alternatif untuk mangsa banjir membuat tuntutan tunai dalam keadaan kenderaan dibaiki di bengkel tidak berdaftar. Berikutan bencana banjir yang melanda negara, kerajaan mengumumkan pelbagai inisiatif untuk meringankan beban golongan terjejas termasuk inisiatif Bantuan Automotif…

Sijil Vaksin Terbang RM500?

M Update, 17/01/2022 – Mengenakan bayaran sehingga RM500 bagi setiap sijil digital vaksinasi COVID-19 yang dikeluarkan. Itu antara kegiatan yang dikesan sebuah poliklinik swasta yang dipercayai menjalankan aktiviti mengeluarkan sijil digital vaksinasi secara tidak sah sejak beberapa bulan lalu. Kegiatan klinik swasta ini berjaya dikesan pihak polis lalu menjalankan serbuan…

Lepas Jadi ‘Jenazah’, Kini Khidmat Sosial Pula

M Update, 17/01/2022 – Sebelum ini media melaporkan seorang remaja yang tular selepas dimandikan seperti jenazah, dipenjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang kerana cuba mencuri tabung masjid di Kuang, Rawang. Hari ini, mahkamah mengenepikan hukuman tersebut dan menggantikan hukuman itu kepada khidmat masyarakat selama 120 jam…

Kes Covid-19 Dijangka Meningkat Ketika Thaipusam, Tahun Baharu Cina

M Update, 17/01/2022 – Jumlah jangkitan Covid-19 di Malaysia berisiko kembali meningkat menjelang dua sambutan perayaan utama hujung bulan ini dan awal bulan depan, jika orang ramai mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) kawalan pandemik itu. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kes harian berkemungkinan meningkat menjelang Thaipusam, esok serta Tahun Baharu…

Thaipusam: Tujuh Jalan Di Sekitar Gombak Ditutup

M Udate, 17/01/2021- Tujuh jalan di sekitar Gombak mula ditutup sempena perayaan Thaipusam bermula semalam sehingga Jumaat ini. Antara jalan terlibat ialah persimpangan isyarat Kampung Melayu, Batu Caves; susur dari arah Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke kuil Batu Caves dan Jalan Batu Caves Lama ke pintu utama kuil. Turut…