Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

April 2022

KKM Mula Berikan ‘Booster’ Kedua Tapi Bukan Wajib

M Update, 15/04/2022 – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mula memberikan suntikan dos penggalak yang kedua kepada segelintir kelompok individu sebagai kumpulan penerima pertama, berlandaskan syarat tertentu. Antara kelompok penerima pertama itu merangkumi golongan warga emas yang mempunyai komorbiditi atau sihat tubuh badan, selain pengembara ke luar negara. Menteri Kesihatan, Khairy…

Keputusan Mansuh ‘Check In’ MySejahtera, Dua Minggu Lagi

M Update, 15/04/2022 – Keputusan untuk melonggarkan syarat daftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera akan dimaklumkan dalam masa satu hingga dua minggu, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata perkara itu mengambil kira perkembangan semasa negara yang telah melepasi kemuncak gelombang Omicron dan kini berada dalam fasa peralihan ke endemik. “……

Penjual Kotak Android Boleh Dikenakan Tindakan

M Update, 14/04/2022 – Astro Malaysia Holdings Bhd boleh mengambil tindakan undang-undang kepada vendor atau penjual kotak android yang memiliki kandungan cetak rompak, khususnya milik syarikat itu. Penganalisis Maybank IB Research, Yin Shao Yang, berkata Astro boleh mengambil tindakan di bawah Seksyen 51B kerana ia adalah pemilik hak cipta asal…

Masalah Seksual Wanita Punca Utama Perceraian Di Kelantan, Selangor

M Update, 14/04/2022 – Masalah seksual yang berlaku dalam kalangan wanita adalah antara penyebab yang menyumbang kepada kes perceraian tertinggi di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Selangor. Pensyarah Perubatan Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Rosediani Muhamad berkata, tiga daripada 10…

Suspek Serangan Kereta Api Bawah Tanah New York Ditahan

M Update, 14/04/2022 – Lelaki disyaki menembak 10 penumpang dalam kereta api bawah tanah di Brooklyn, di sini, ditahan petang semalam selepas 30 jam diburu, demikian kata Xinhua memetik pihak berkuasa. Pesuruhjaya Polis New York City, Keechant Sewell berkata, suspek, Frank James, ditahan di Manhattan selepas polis menerima maklumat. “James,…

Langgar Mati 8 Remaja Basikal Lajak, Kerani Dipenjara 6 Tahun

M Update, 13/04/2022 – Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan kerani wanita dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000, kerana kesalahan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu. Ia sekali gus mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober lalu yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan…

Maut Terjatuh Ketika Mahu Bergambar Di Blue Lagoon

M Update, 13/04/2022 – Hasrat seorang wanita merakam gambar berlatarbelakangkan pemandangan indah di Tasik Biru Kangkar Pulai atau Blue Lagoon mengundang padah apabila mangsa maut selepas terjatuh dari tebing tasik pada ketinggian 23 meter. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penolong Penguasa Bomba Mohd Riduan Akhyar, berkata pihaknya menerima…

Nicky Liow Mengaku Tidak Bersalah Ubah Wang Haram RM36 Juta

M Update, 12/04/2022 – Ahli perniagaan, Nicky Liow berdepan pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM36 juta di bawah 26 pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam Bahasa Mandarin di hadapan Hakim Helina Sulaiman. Hakim kemudian menetapkan…

Kematian Dicemburui, Pesara TUDM Meninggal Ketika Solat

M Update, 12/04/2022 – Seorang pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) meninggal dunia ketika menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid An-Nur, Saujana Utama, dekat sini, malam tadi. Yusri Taib, 51, yang berasal dari Melaka sebelum itu rebah dalam rakaat pertama solat Isyak sebelum disahkan meninggal dunia oleh kumpulan paramedik dari…

Lagi Pemandu Mabuk Lawan Arus Langgar Dua Motosikal

M Update, 12/04/2022 – Polis menahan seorang lelaki yang memandu kenderaan secara melawan arus sehingga menyebabkan kecederaan dua penunggang motosikal di Kilometer 30.1 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) petang semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, suspek, 42, yang cedera pada kepala ditahan kira-kira jam…