Input your search keywords and press Enter.

Mohd Fitri

1553 Articles0 Comments

Jangkitan Influenza Di Johor Terkawal

M Update, 8/1/2019 – Orang ramai jangan panik dan risau, kes jangkitan influenza di Johor masih terkawal dan tidak menunjukkan wabak, -Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Aman Rabu. Pemantauan bagaimanapun masih tetap dijalankan bagi memastikan keadaan terkawal itu berterusan. Setakat ini tidak ada wabak. Influenza terdapat banyak jenis iaitu A, B…

Penerbangan Pulau Pinang-Taiwan 23 Januari 2020

M Update, 8/1/2019 – Pulau Pinang memulakan “Experience Penang Year 2020” dengan memperkenalkan penerbangan terus baharu bagi laluan Pulau Pinang-Taiwan oleh Starlux Airlines bermula 23 Januari 2020. Penerbangan sulung syarikat penerbangan itu menggunakan pesawat Airbus A321neo dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan pada 23 Januari dan tiba di Lapangan…

Rakyat Malaysia Dinasihat Daftar Diri Di Kedutaan Terdekat

M Update, 8/1/2019 – Rakyat Malaysia yang tinggal atau dalam perjalanan ke Timur Tengah dan rantau Teluk dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan mereka – Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau juga menggesa mereka yang masih belum mendaftar diri dengan misi diplomatik Malaysia supaya berbuat…

Jenazah Farhan Fudhail Selamat Dikebumikan

M Update, 8/1/2019 – Jenazah Mohammad Farhan Fudhail Mohammad Farid yang maut semasa bermain papan selaju di Townsville, Queensland, Australia pada 28 Dis lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali di sini, kira-kira 12.20 tengah malam tadi. Turut menghadiri pengembumian Mohammad Farhan Fudhail, 16, yang mesra dipanggil ‘Shabby’ ialah…

Mangsa Banjir di Kelantan Menurun

M Update, 20/12/2019 – Mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 2,113 mangsa daripada 779 keluarga, setakat 2 petang ini. Mereka ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah, Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli. Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir di Pasir Mas turut…

Cadangan Hadkan Kelajuan Motosikal ‘kapcai’

M Update, 20/12/2019 – Cadangan mengehadkan kelajuan motosikal berkapasiti kecil atau lebih dikenali sebagai kapcai kepada 70km/jam memerlukan kajian lebih teliti tentang implikasi pelaksanaannya kerana ia melibatkan kira-kira 10 juta pemilik motosikal berdaftar di negara ini. Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata selain melibatkan isu keselamatan, kerelevanan cadangan itu…

CRS Hanya Pada Kenderaan Persendirian

M Update, 20/12/2019 – Kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak atau ‘Child Restraint System’ (CRS) pada kenderaan lain seperti bas dan ambulans. Buat masa ini Kementerian Pengangkutan hanya memberi fokus pada kereta persendirian sahaja. “Dalam jangka masa panjang, kita harap ia dapat diperluaskan pada jenis kenderaan…

Sidang Kemuncak KL – 5 Perjanjian Dimeterai

M Update, 20/12/2019 – Lima perjanjian ditandatangani sempena Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 hari ini, membabitkan kerjasama media, pusat kecemerlangan, pertukaran pelajar, keselamatan makanan serta bidang berkaitan keselamatan dan pertahanan. Untuk keselamatan makanan, perjanjian dimeterai FELCRA Bhd dan syarikat penternakan terkemuka Qatar, Baladna Food Industries, manakala perjanjian pertukaran pelajar membabitkan…

Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan Kembali Meningkat

M Update, 20/12/2019 – Bilangan mangsa banjir di Kelantan kembali meningkat kepada 2,627 orang setakat jam 10 malam tadi. Kesemua mangsa daripada 900 keluarga itu ditempatkan di 22 pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan tiga daerah iaitu Tanah Merah, Jeli dan Pasir Mas. Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),…