Input your search keywords and press Enter.

mupdate2018

1585 Articles0 Comments

Langgar Tatatertib Calar Imej PDRM

M Update, 13/02/2024 – Pelanggaran tatatertib melibatkan pegawai dan anggota polis yang berlaku baru-baru ini telah menconteng arang selain merosakkan imej dan reputasi serta mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) – Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain. Sebagai warga PDRM yang memegang amanah, tindakan tegas perlu diambil…

Helikopter Terhempas Di Klang

M Update, 13/02/2024 – Sebuah helikopter dilapor terhempas di kebun kelapa sawit di Kapar, Klang, kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi. Bagaimanapun, status juruterbang tersebut belum dapat dipastikan. Ketua Polis Selangor telah mengesahkan kejadian dan kes sedang disiasat.…

Kes Zayn Rayyan – Ganjaran Tidak Jejaskan Siasatan

M Update, 13/02/2024 – Ketua Polis Negara menegaskan bahawa ganjaran RM20,000 ditawarkan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor kepada individu yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah terlibat pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin, sama sekali tidak akan mengganggu siasatan kes berkenaan. Ganjaran itu adalah sebagai usaha badan bukan kerajaan terbabit, sekali gus memberi ihsan terhadap keluarga kanak-kanak itu.…

BAP Ringankan Beban Ibu Bapa

M Update, 13/02/2024 – Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada setiap murid yang telah disalurkan bermula Januari lepas secara sekali bayar, banyak meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa dalam membuat persiapan bagi sesi baharu persekolahan bulan depan tambah pula bulan Ramadan dan Syawal bakal menyusul selepas itu. Tidak semua…

KP Johor Terima Ancaman BOM

M Update, 13/02/2024 – Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, mengesahkan telah menerima ugutan ancaman bom menerusi e-mel rasminya pagi semalam. E-mel tersebut telah dikirim daripada ‘Takahiro Karasawa’. Setakat ini, katanya, polis Johor menerima dua laporan berkaitan e-mel ancaman berkenaan. Setelah disemak, e-mel tersebut dihantar menggunakan alamat sama seperti pernah…

‘Sulu Fraud Vs Malaysia’s Truth’

M Update, 13/02/2024 – Bagi memperingati pencapaian dan kejayaan Kerajaan Malaysia setakat ini dalam menangkis tuntutan palsu Kumpulan Sulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said melancarkan buku elektronik (e-buku) “Sulu Fraud vs Malaysia’s Truth” semalam. Buku itu adalah bagi memberi gambaran sepintas…

Syabas Kerana Berani!

M Update, 09/02/2024 – PM Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada badan penguatkuasaan di negara ini dan bangga atas keberanian mereka mengambil tindakan tegas terhadap perasuah dan penjenayah. Tindakan profesional Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap kumpulan yang merompak…

PDRM – Pantau Anak Buah, Jangan Conteng Arang

M Update, 09/02/2024 – Kebelakangan ini banyak kejadian jenayah dan salah laku oleh segelintir pegawai dan anggota yang dilaporkan baru-baru ini, ‘menconteng arang ke muka’ pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ini sangat merosakkan reputasi, imej dan akan mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadap PDRM. Perlu diingatkan semua ketua atau penyelia di semua…

Program Kepimpinan Muda TH

M Update, 09/02/2024 – Seramai 88 pelajar sekolah seluruh Selangor diberi pendedahan melalui Siri Program Kepimpinan Muda TH 2024 anjuran Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai usaha menggilap bakat kepimpinan dalam generasi muda. Program ini menghimpunkan pemimpin pelajar dan pelajar cemerlang dari 22 sekolah luar bandar terpilih, yang mempunyai potensi untuk…

Op Noda – Seronok Berpesta???

M Update, 09/02/2024 – Semalam, polis menahan seramai 229 lelaki dan 34 wanita dalam Op Noda di sebuah bangunan hotel yang tidak lagi beroperasi dan ditinggalkan di Jalan Pasar Baharu, Pudu. Semua yang ditahan berusia lingkungan 20-an hingga ke 40-an dan mereka terdiri daripada rakyat China, Nepal, Pakistan, India, Vietnam,…