Input your search keywords and press Enter.

Shabita Kamil

737 Articles0 Comments

Tiga Maut Ribut Pasir Landa Karachi

M Update, 16/04/2019 – Seramai tiga maut, manakala 10 lagi cedera parah apabila ribut pasir melanda Karachi, iaitu bandar terbesar di Pakistan. Menurut Al Jazeera, angin kencang turut menerbangkan pokok, menyebabkan bekalan elektrik terputus dan mengakibatkan jadual penerbangan terpaksa ditangguhkan. Malah, jarak penglihatan turut terjejas kepada 500 meter semalaman, manakala…

Halang Jalan Raya Di London, 113 Ditahan

M Update, 16/04/2019 – Seramai 113 individu ditahan dalam siri bantahan anjuran aktivis perubahan iklim di beberapa lokasi terkenal di London, termasuk Oxford Circus, Marble Arch dan Waterloo Bridge. Bantahan itu diadakan bagi mendesak kerajaan supaya mengambil langkah sewajarnya bagi menangani masalah perubahan iklim. Ia diketuai kumpulan Extinction Rebellion, aktivis…

Empat Maut Ditembak Di Kanada

M Update, 16/04/2019 – Empat orang ditembak mati di tiga kawasan di barat bandar Penticton, Kanada, kata polis persekutuan dalam insiden tembakan yang dipercayai sudah dirancang. “Kami mengesahkan empat orang terbunuh di tiga lokasi, setiap satu pada jarak empat kilometer,” kata penguasa polis, Ted De Jager pada sidang akhbar. Menurut…

Penyebar Rakaman Video Diancam Bunuh

M Update, 16/04/2019 – Mereka yang didakwa kerana memiliki atau mengedarkan rakaman video serangan di dua buah masjid di New Zealand bulan lalu menerima ancaman bunuh, lapor media tempatan, hari ini. Rakaman mengerikan pembunuhan beramai-ramai yang meragut 50 nyawa itu disiarkan secara penstriman langsung dan tersebar dengan cepat di internet…

Taiwan Tidak Bimbang Latihan Tentera China

M Update, 16/04/2019 – Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen hari ini berkata, pulau yang ditadbir sendiri itu tidak merasa terancam dengan penganjuran latihan ketenteraan China minggu ini. Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) menyifatkan gerakan latihan ketenteraan terbaru itu sebagai satu bentuk ‘paksaan’ dan ancaman terhadap kestabilan di rantau ini. Ing-wen…

Iran Sedia Dana RM8 Bilion Bantu Mangsa Banjir

M Update, 15/04/2019 –  Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dilaporkan sudah meluluskan peruntukan sehingga AS$2 bilion (RM8.2 bilion) dari dana pelaburan negara, bagi membiayai pemberian bantuan dan pelan pembangunan semula susulan kejadian banjir, baru-baru ini. Semalam, Menteri Dalam Negeri, Abdolreza Rahmani Fazli, berkata hujan lebat yang melanda seluruh negara…

Padah Tanggal Tudung Wanita Dipenjara Setahun

M Update, 15/04/2019 –  Seorang wanita Iran yang menanggalkan tudung dalam satu bantahan umum dijatuhi hukuman setahun penjara tetapi diampunkan pemimpin agung negara itu, kata peguamnya. Payam Derefshan memberitahu, hukuman dijatuhkan ke atas Vida Movahed Mac lalu selepas mendapati beliau bersalah menggalakkan ‘rasuah’ awam. Movahed ditahan November lalu. Derefshan, yang…