Input your search keywords and press Enter.

PDRM : Elak Provokasi Ketika Perarakan Sempena Thaipusam

M Update, 5/2/2020 – Polis memberi amaran kepada mana-mana individu yang cuba menimbulkan provokasi dan kekecohan ketika perarakan pedati Perak sempena perayaan Thaipusam, bermula esok. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Superintendan S Shanmugamoorthy Chinniah, berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang berniat menimbulkan kekacauan. Katanya, ia bagi memastikan…

Pakistan Sedia Import Lebih Banyak Minyak Sawit

M Update, 5/2/2020 – Pakistan melahirkan minatnya untuk mengimport lebih banyak minyak sawit dari Malaysia, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Perkara itu disampaikan kepadanya ketika pertemuannya dengan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan yang dalam rangka lawatan rasminya ke negara ini di sini, semalam. “Kami berbincang mengenai jualan minyak…

JKNJ : Dakwaan Coronavirus Merebak Ke Desa Tebrau Palsu

M Update, 5/2/2020 – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan kenyataan dan video viral yang menyatakan penularan coronavirus menghampiri kawasan Desa Tebrau, Johor. JKNJ dalam satu kenyataannya menerusi akaun rasmi Facebook mereka menyatakan bahawa dakwaan berkenaan adalah tidak benar sama sekali. Sehubungan itu, pihak JKNJ juga sudah membuat laporan polis…

Jumlah Maut Meningkat Kepada 490 Orang

M Update, 5/2/2020 – Jumlah kematian terkini akibat wabak coronavirus meningkat kepada 490, selepas pihak berkuasa di wilayah Hubei melaporkan 65 lagi kematian, hari ini. Dalam taklimat hari ini daripada suruhanjaya kesihatan di Hubei, peningkatan turut berlaku ke atas jangkitan terbaharu, dengan 3,156 kes. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kepada 23,500…

Dr Mahathir Pemimpin Sebenar Dunia Islam – Imran Khan

M Update, 5/2/2020 – Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan semalam menyuarakan kekagumannya terhadap rakan sejawatannya dari Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dianggapnya sebagai seorang pemimpin yang sebenar. Imran Khan berkata Dr Mahathir adalah contoh seorang pemimpin yang berpendirian teguh, terutama untuk kebaikan Islam dan umat Islam. “Sesungguhnya ada perbezaan…

Tragedi Hari Pertama Rumah Pengasuh

M Update, 4/2/2020 – “TIDAK sangka hari pertama arwah dihantar ke rumah pengasuh menjadi hari terakhir saya dan suami melihatnya bernyawa,” kata seorang wanita yang dikenali sebagai Safiah, 29, ibu kepada Muhammad Aydan Firas Muhammad Faris Azim. Kanak-kanak berusia setahun itu disahkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Setapak…

Malaysia, Pakistan Meterai Perjanjian Ekstradisi

M Update, 4/2/2020 – Malaysia dan Pakistan hari ini memeterai satu Perjanjian Ekstradisi bagi mengukuhkan momentum positif dalam hubungan dua hala dengan meningkatkan kerjasama melibatkan keselamatan dan jenayah transnasional. Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perjanjian itu yang dimeterai di sini sempena dengan lawatan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan ke Malaysia, boleh…

Mufti : ‘Transgender Wajib Tunai Umrah Ikut Jantina Asal’

M Update, 4/2/2020 – “WAJIB bagi seorang transgender (mukhannas) menunaikan umrah dengan jantina asalnya,” kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri. Beliau mengulas isu Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat yang berpakaian seperti wanita ketika menunaikan umrah di Makkah. Menurutnya, perbuatan mengenakan pakaian bukan mengikut jantina…

Kes pertama 2019-nCov Babitkan Rakyat Malaysia

M Update, 4/2/2020 – Rakyat Malaysia pertama berusia 41 tahun yang berasal dari Selangor disahkan positif jangkitan coronavirus baharu (2019-nCoV). Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata lelaki terbabit mempunyai sejarah perjalanan ke Singapura, dari 16 hingga 22 Januari lalu bagi menghadiri mesyuarat bersama delegasi antarabangsa termasuk China. Lelaki…

Wanita Maut Ditikam Teman Lelaki

M Update, 4/2/2020 – Wanita ditemui mati dipercayai dibunuh teman lelakinya di sebuah rumah di Kampung Padang Balang, Sentul, Kuala Lumpur, semalam. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, polis menerima laporan kejadian itu daripada seorang wanita, pada 5.52 petang. Bertindak atas laporan, polis ke lokasi kejadian…