Input your search keywords and press Enter.

Agong, Raja Permaisuri Timang Cucu Lelaki

M Update, 23/7/2019 – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Hajah Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar menimang seorang cucu lelaki, hari ini. Puteri Seri Paduka, Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah selamat melahirkan puteranya pagi tadi. Khabar gembira itu dikongsikan…

Dua Anggota Tentera Darat Hilang Ketika Operasi

M Update, 23/7/2019 – Dua anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang didakwa hilang ketika bertugas baru-baru ini telah dikenalpasti daripada Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4 RRD) yang berpangkalan di Kem Bukit Cowder, Perlis Kementerian Pertahanan Malaysia memaklumkan bahawa dua anggota tersebut disyaki hilang ketika sedang bertugas dalam Operasi PEJARAK…

Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia

M Update, 23/7/2019 – Seorang jemaah lelaki rakyat Malaysia dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah yang menyebabkan kegagalan fungsi badannya, Jumaat lalu. Amil Abdullah, 63, dari Johor Bahru, Johor meninggal dunia di Hospital King Faisal di sini. Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman,…

PM Lancar Logo Baharu Kempen TMM 2020

M Update, 23/7/2019 – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad petang semalam melancarkan logo kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini. Pelancaran logo yang menampilkan ikon Malaysia seperti burung kenyalang, bunga raya, paku pakis liar dan warna bendera Malaysia, adalah usaha pemasaran…

TPM : Penjualan ‘Ghost Smoke’ Perlu Dihentikan

M Update, 23/7/2019 – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu penjualan gula-gula ‘Ghost Smoke’ yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut dihentikan segera. Pada masa yang sama beliau meminta ibu bapa meningkatkan pemantauan ke atas anak masing-masing. “Saya tidak mahu perkara ini menjadi penyakit masyarakat…

Kucing ‘Tunjuk’ Tempat Bayi Dibuang

M Update, 22/7/2019 – Bayi perempuan masih bertali pusat ditemui di atas rumput di kawasan pembakaran sampah dekat Jalan Dusun Muda, Kota Bharu, hari ini. Bayi yang ditemui penduduk kampung pada 8.10 pagi itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih terdapat kesan darah di anggota badannya. Menurut saksi, Mohd Norazam Che…

Enam Acara Utama Sempena Istiadat Pertabalan Agong

M Update, 22/7/2019 – Enam acara utama disusun atur sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bermula Khamis ini. Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Roziah Abudin, berkata semua acara itu ditentukan melalui Jawatankuasa Khas Istiadat Pertabalan yang dipengerusikan Menteri di JPM,…

Sambut Ulang Tahun Ke-101 Di Mekah

M Update, 22/7/2019 – Tidak terbayang di fikirannya bahawa pada usianya menginjak ke 101 tahun Abdul Gapak Mahmud dijemput menjadi duyufurrahman atau tetamu ALLAH , apatah lagi hari lahirnya disambut Muassasah Asia Tenggara dalam sebuah majlis di Abraj Janadriyah hari ini. Abdul Gapak, seorang bekas nelayan dari Kudat, Sabah, menunaikan…