Input your search keywords and press Enter.

Peminjam PTPTN Akan Dikelaskan Kepada Tiga Kategori

M Update, 18/7/2019 – Kementerian Pendidikan akan mengkategorikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada tiga jenis iaitu peminjam patuh bayar, peminjam culas dan peminjam culas tegar. Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata kaedah itu merupakan sebahagian daripada inisiatif dan tindakan yang bakal dilakukan agar mekanisme kutipan bayaran balik PTPTN…

Liew : Mansuh Hukuman Mati Mandatori, Hakim Diberi Budi Bicara Yang Lebih Meluas

M Update, 18/7/2019 – Pemansuhan hukuman mati mandatori tidak bermaksud hukuman mati di bawah undang-undang dimansuhkan sama sekali, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong. Beliau berkata, sebaliknya, kerajaan mencadangkan agar hakim diberi budi bicara yang lebih meluas dalam menjatuhkan hukuman selain hukuman mati iaitu penjara seumur…

Malaysia Tidak Pernah Iktiraf Sekolah Pergigian Taiwan

M Update, 18/7/2019 – Kelayakan asas pergigian daripada sekolah pergigian di Taiwan tidak pernah diperakui di bawah Akta Pergigian 1971. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang juga Presiden Majlis Pergigian Malaysia (MDC) merujuk kepada laporan berita bahawa majlis itu menarik balik pengiktirafan tujuh buah sekolah pergigian Taiwan…

Lencongan Jalan Sempena Perbarisan Hari Bomba Sedunia 2019

M Update, 18/7/2019 – Beberapa laluan di sekitar ibu negara akan dilencongkan secara berperingkat bagi memberi laluan kepada acara perbarisan Hari Anggota Bomba Sedunia 2019, Sabtu ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata lencongan berkenaan akan bermula seawal jam 6 pagi sehingga…

HTAR : Bayi Ditinggal Sebatang Kara Tidak Benar

M Update, 17/7/2019 – Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) memaklumkan dakwaan terdapat bayi yang ditinggalkan sebatang kara oleh ibu bapanya di hospital terbabit adalah tidak benar. Pengarah HTAR, Dr Mohamad Sabri Othman berkata, HTAR memandang serius isu tersebut dan menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai maklumat palsu dan berhenti menularkannya…

Pegawai JPJ Maut Motosikal Terbabas

M Update, 17/7/2019 – Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur maut dalam kemalangan di Jalan Sungai Buloh – Kepong berhampiran Decathlon Sri Damansara, malam tadi. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, dalam kejadian jam 7.03 malam itu, mangsa, Mohd Jamil Iskandar Jaafar,…

Dr M : Sukar Kenal Pasti Siapa Tembak MH17

M Update, 17/7/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sukar untuk mengetahui pihak sebenar yang harus dipertanggungjawab dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak di Ukraine, lima tahun lalu. Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata tragedi itu mendedahkan serangan dilakukan dengan sengaja. “Kita bersedih kerana ia sesuatu yang dilakukan secara terancang…

Sawit: Malaysia, Indonesia Akan Cabar Peraturan EU Di WTO

M Update, 17/7/2019 – Malaysia dan Indonesia komited untuk mencabar Akta Perwakilan Kesatuan Eropah (EU) yang menyekat penggunaan minyak sawit dalam biobahan api menerusi pihak Badan Penyelesaian Pertikaian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) serta saluran lain yang bersesuaian. Malah, kedua-dua negara itu turut meneliti hubungan dengan EU dan negara anggotanya, kata…