Input your search keywords and press Enter.

Tag

Datuk Seri Dr Adham Baba

Mulai 1 Januari 2021, Pekerja Asing Wajib Jalani Saringan COVID-19

M Update, 22/12/2020 – Semua majikan diwajibkan untuk memastikan pekerja asing yang digajikan mereka menjalani ujian saringan COVID-19 bermula 1 Januari 2021 bagi menangani penularan pandemik itu. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata kos bagi ujian saringan itu akan ditanggung oleh majikan. “Bagaimanapun, bagi pekerja asing yang mencarum…

COVID-19 : 8 Kluster Baharu, 3 Babitkan Tapak Binaan Di KL

M Update, 17/12/2020 – Lapan lagi kluster baharu COVID-19 dilaporkan semalam, dengan tiga daripadanya membabitkan tapak pembinaan di Kuala Lumpur.  Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam berkata tiga kluster tapak bina berkenaan ialah Kluster Tapak Bina Permai, Kluster Tapak Bina Matahari dan Kluster Tapak Bina Laut dikenal pasti melalui saringan bersasar…

Kerajaan Pantau Rapi Gerakan Vaksin COVID-19

M Update, 16/12/2020 – Kerajaan memantau rapi gerakan kumpulan tertentu yang menyebarkan proganda negatif berkenaan vaksin Covid-19 menerusi media sosial untuk mengelakkan mereka mempengaruhi fikiran rakyat. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Ahmad Amzad Hashim berkata kementerian dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang mengkaji keperluan untuk mewujudkan…

Dr Adham Baba Jalani HSO Sehingga 18 Disember 2020

M Update, 10/12/2020 – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba diarahkan menjalani Pengawasan dan Pemerhatian di rumah atau (HSO) sehingga 18 Disember ini. Dr Adham dalam satu hantaran di Facebook, hari ini, berkata perintah itu dikeluarkan susulan penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) Putrajaya yang mendapati beliau…

Padah Tidak Imbas ‘MySejahtera’, 7 Individu Dikenakan Kompaun – JPJ

M Update, 10/12/2020 – Tindakan tujuh individu yang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketika hadir di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur mengundang padah apabila mereka dikenakan kompaun. Pengarah JPJ Kuala Lumpur Mohd Zaki Ismail berkata, seramai 22 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa…

Patuhi SOP, Elak Kluster Baharu – Dr Noor Hisham

M Update, 10/12/2020 – Berikutan semakin banyak kluster terbentuk daripada perhimpunan sosial kebelakangan ini, Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menghadiri sebarang jenis perhimpunan atau semasa berada di tempat awam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan di Facebooknya, hari ini berkata ia termasuklah perhimpunan besar-besaran…

Vaksin COVID-19 : Kerajaan Masih Menunggu Perkenan Agong

M Update, 10/12/2020 – Kerajaan masih menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja berhubung keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas mengenai penggunaan vaksin COVID-19 dalam kalangan umat Islam di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad…

Parlimen : KKM Tingkat Kapasiti Hospital, Bendung Penularan COVID-19 Di Sabah

M Update, 9/12/2020 – Kementerian Kesihatan (KKM) telah meningkatkan kapasiti katil di hospital COVID-19 serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 berisiko rendah (PKRC), katil Unit Rawatan Rapi (ICU), kapasiti ujian makmal serta mobilisasi sumber manusia bagi memastikan sistem rawatan kesihatan di Sabah terus mampan dalam membendung COVID-19. Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang berkata sehingga 7 Dis, Sabah mempunyai lapan hospital COVID-19 dan 36 PKRC,…

Malaysia Perlu Mempunyai Keupayaan Bangunkan Vaksin Sendiri

M Update, 9/12/2020 – Malaysia perlu mempunyai keupayaan membangunkan vaksin sendiri pada masa depan bagi mengelakkan negara terpaksa bergantung kepada pihak luar sekiranya berlaku wabak baharu.  Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) Universiti Malaya (UM) Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata negara mempunyai ramai pakar dalam membangunkan…