Input your search keywords and press Enter.

COVID-19: Pelaksanaan Banci 2020 Dijadualkan Semula

M Update, 6/10/2020 – Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dijadualkan semula berikutan peningkatan mendadak kes Ccovid-19.

Fasa Kedua banci (secara bersemuka) yang akan bermula pada 7 sehingga 24 Oktober 2020 dijadualkan semula kepada 20 Januari sehingga 6 Februari 2021. Sehubungan dengan itu, pembancian dalam talian (e-census dan Computer Assisted Telephone Interview) yang berakhir pada 30 September lalu akan disambung semula pada 7 Oktober 2020 hingga 21 Disember 2020.

Justeru dalam tempoh ini, orang ramai yang belum melengkapkan atau mengisi borang bancian digesa melakukannya melalui laman https://www.mycensus.gov.my/. Langkah ini bagi mengurangkan pertemuan bersemuka yang meningkatkan risiko jangkitan Covid-19.

Banci 2020 Fasa Pertama secara dalam talian yang dilanjutkan itu akan melibatkan beberapa strategi seperti pra-pendaftaran bagi pengisian e-Census yang akan dibuka semula bermula 7 Oktober hingga 30 November 2020 dan tarikh akhir pengisian e-Census pada 21 Disember tahun ini. Poskad ID e-Census akan dihantar ke kawasan yang disasarkan dan tarikh akhir bagi pengisian e-Census pula pada 21 Disember 2020.

Akta Banci 1960 (disemak 1969) mengkehendaki orang ramai untuk mengambil bahagian dan menjawab semua soalan banci. Data penduduk dan perumahan amat penting untuk kerajaan merangka dasar bagi kesejahteraan negara. Ini bagi memastikan setiap perancangan yang dibuat menepati kumpulan sasar dan tiada yang tercicir.