Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

March 2019

Rahimi tunjuk tindak balas positif

M-Update,27/3/2019, GEORGETOWN: Mangsa tembakan di Christchurch, New Zealand, Rahimi Ahmad sudah tidak bergantung kepada bantuan alat pernafasan. Dia kini dirawat di wad biasa sejak kelmarin seperti dimaklumkan abang Rahimi, Rosdi Ahmad, 42, yang kini masih berada di Christchurch untuk memantau perkembangan keluarga mangsa. Menurutnya, Rahimi, 39, menunjukkan tindak balas positif…

Hero cilik Lombok bakal mendengar, bertutur hasil bantuan doktor Malaysia

M-Update,27/3/2019, KUALA LUMPUR: Penderitaan selama 12 tahun Taufik, hero cilik Lombok yang tidak boleh mendengar dan bertutur, bakal berakhir selepas seorang doktor dari Malaysia sedia merawatnya. Terkesan dengan kisah Taufik, kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) warga Indonesia yang dilahirkan tidak seperti kanak-kanak lain, pakar bedah telinga sebuah hospital swasta di…

Untung Bersih Astro Susut

Keuntungan bersih Astro Malaysia Holdings Bhd bagi akhir 31 Januari 2019 daripada RM770.64 juta yang dicatatkan pada 2018 susut kepada RM462.92 juta. Pendapatannya pula turun kepada RM5.48 bilion berbabding RM5.53 bilion sebelum ini ekoran penurunan dalam langganan dan hasil pengiklanan akan tetapi, ia telah diimbangi oleh peningkatan dalam jualan barang-barang…

Beri penekanan terhadap keseimbangan kerjaya dengan keluarga – TPM

M-Update,27/3/2019, KUALA LUMPUR: Kerajaan dan swasta perlu terus memainkan peranan dalam memastikan pekerja mereka dapat mengimbangi tugas dengan keluarga, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Timbalan Perdana Menteri berkata, penekanan terhadap keseimbangan dari segi kerjaya dan pengurusan rumah tangga perlu supaya anggota keluarga yang berada dalam entiti itu tidak…

6,000 kanak-kanak di Palu masih tinggal di khemah

M-Update,27/3/2019, JAKARTA: Beribu-ribu kanak-kanak masih tinggal di kawasan penempatan sementara selepas enam bulan gempa bumi dan tsunami melanda Palu, kata agensi bantuan hari ini, ketika pihak berkuasa bergelut menguruskan proses pemulihan yang terlalu perlahan. Kira-kira 170,000 penduduk dari Palu dan daerah sekitarnya masih tidak mempunyai tempat tinggal dan seluruh kawasan…

Sultan Selangor titah SPRM kekal bebas

M-Update,27/3/2019, SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya kekal menjadi badan yang bebas daripada sebarang pengaruh mana-mana pihak termasuk orang politik.Titah Sultan Sharafuddin, SPRM seharusnya melaksanakan tugas dengan telus, berani dan tidak memihak kepada sesiapa atau dengan kata lain without fear…

Semak pesalah seksual kanak-kanak melalui eDKK

M-Update,27/3/2019, PUTRAJAYA: Mulai 1 April ini mana-mana individu dan organisasi yang menguruskan kanak-kanak boleh menyemak rekod jenayah seksual pekerja atau bakal pekerja melalui Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Dalam Daftar Kanak-Kanak (eDKK). Sistem berkenaan mempunyai lebih 3,000 nama pesalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak sejak 2017 hingga Februari 2019…

Malaysia tidak isytihar perang perdagangan terhadap EU – PM

M-Update,27/3/2019, LANGKAWI: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, Malaysia tidak melancarkan perang perdagangan terhadap Kesatuan Eropah (EU), namun hanya memaklumkan kepada dunia mengenai masalah dihadapi negara berikutan keputusan blok itu untuk melarang penggunaan minyak sawit dalam biofuel. Perdana Menteri berkata, negara tidak mengisytiharkan perang perdagangan dengan EU apabila beliau menyatakan bahawa…

Teksi Elektrik Pertama Malaysia

M Update, 26/3/2019 – Malaysia akan menjadi negara pertama menyediakan perkhidmatan teksi elektrik dijangka beroperasi pada pertengahan Mei 2019. Pengarah Big Blue Capital (M) Sdn Bhd (Big Blue) Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, teksi elektrik dikenali Zeno bermaksud anugerah tuhan dalam bahasa Greek itu, dengan kerjasama tiga syarikat dari China. “Big…

UiTM – 36 Kampus Hijau

M Update, 26/3/2019 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyasarkan 36 kampusnya di seluruh negara dapat memenuhi kriteria penarafan ‘UI-Green Metric World University Ranking’ tidak lama lagi. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UiTM, Prof Dr Mohd Nazip Sulaiman berkata, sasaran itu boleh dicapai melalui pendidikan lestari dan pelaksanaan projek yang…