Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

June 2019

Dr M : Pemimpin Tidak Boleh Abai Penderitaan Rakyat

M Update, 27/6/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pemimpin di negara ini supaya sentiasa merasai penderitaan dihadapi rakyat, yang kadang-kala diabaikan. Perdana Menteri berkata segelintir pemimpin terlalu terpisah dengan kehidupan rakyat kebanyakan sehingga menyebabkan penderitaan yang sepatutnya boleh diatasi, dibiarkan berterusan. Kadang-kala, apabila seorang pemimpin itu datang daripada golongan…

Lisa Surihani Kini Bertudung, Doakan Dia Istiqomah

PELAKON Lisa Surihani berharap agar orang ramai mendoakan agar dia lebih istiqomah dengan imej berhijab selepas pulang daripada mengerjakan umrah baru-baru ini. Menurut Lisa, doa daripada orang ramai adalah penting buat dirinya yang kini masih berusaha melakukan perubahan. “Apa yang saya boleh katakan ialah saya minta jasa baik semua, kalau…

Anjing penyelamat Mexico, Frida sudah bersara

M Update, 26/06/2019 – Anjing penyelamat jenis labrador, Frida yang membantu mengesan mangsa ketika gempa bumi di Mexico pada 19 September 2017, dilaporkan bersara mulai semalam. Frida mula terkenal selepas menunjukkan kehebatannya mengesan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan ketika tragedi itu. Majlis persaraan anjing berusia 10 tahun itu, berlangsung…

Selebriti YouTube, Desmond Amofah, ditemui mati

M Update, 26/06/2019 – Selebriti YouTube Amerika Syarikat, Desmond Amofah, yang lebih dikenali sebagai ‘Etika’ ditemui mati di sini, iaitu seminggu selepas beliau dilaporkan hilang. Amofah, 29, meraih populariti menerusi laman video permainan dan kritikan terhadap permainan Nintendo. Sehari sebelum dilaporkan hilang, beliau mengejutkan peminatnya apabila memuat naik video selama…

San Francisco larang jualan e-rokok

M Update, 26/06/2019 – San Francisco menjadi bandar utama pertama di Amerika Syarikat yang melaksanakan larangan menjual dan mengeluarkan rokok elektronik (e-rokok). Semalam, badan perundangan bandar raya itu, sebulat suara meluluskan ordinan yang dianggap penyokongnya sebagai amat perlu. Ia susulan masalah kesihatan awam yang semakin ketara, akibat peningkatan pengambilan vape…

200 saman hasil aduan WhatsApp

M Update, 26/6/2019 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan merekodkan 200 saman hasil laporan awam menerusi aplikasi WhatsApp sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini. JPJ akan terus membuka talian aplikasi WhatsApp menggunakan nombor 0134498997 bagi membolehkan orang ramai melaporkan kesalahan lalu lintas dilakukan pengguna jalan raya. Ini membuktikan ramai dalam kalangan…

China minta Kanada gantung eksport daging

M Update, 26/06/2019 –  China meminta Kanada untuk menggantung eksport semua daging selepas negara itu mengesan sijil kesihatan veterinar palsu ditampal pada kotak daging babi. Susulan penemuan itu, polis Kanada dilaporkan sedang menjalankan siasatan jenayah terhadap kejadian itu. Kedutaan China di sini, berkata kastam menjalankan siasatan selepas menemui kesan bahan…

Salahguna Fasiliti OKU : KPWKM, Prasarana Erat Kerjasama

M Upadate, 26/6/2019 – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengeratkan kerjasama dengan Prasarana Malaysia Bhd, bagi menangani isu-isu utama yang melibatkan salahguna lif, kawasan parkir dan tandas yang dikhaskan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) oleh orang awam. Timbalan Menterinya Hannah Yeoh berkata sesi dialog bersama golongan OKU di…

Cubaan Seludup 5,255 Ekor Anak Kura-Kura Gagal

M Update, 26/6/2019 – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan menyeludup 5,255 ekor anak kura-kura jenis Red Ear Slider ke India yang transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada Khamis lepas, membabitkan penahanan dua warga India. Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Datuk Zulkurnain Mohamed Yusuf…

Britain gantung eksport gas pemedih mata, peluru getah ke Hong Kong

M Update, 26/06/2019 – Britain mendesak Hong Kong untuk menubuhkan satu badan bebas, bagi menyiasat insiden pertempuran antara pihak polis dan penunjuk perasaan. Pada masa sama, Britain turut menggantung lesen eksport peralatan bagi mengawal sekumpulan orang ramai. “Kami sentiasa memantau perkembangan situasi di Hong Kong. “Malah, saya menggesa Kerajaan Hong…