Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

June 2019

Inkues Adib: Peguam Kerajaan Mewakili KPKT, Bomba

M Update, 26/6/2019 – Mahkamah Koroner hari ini diberitahu mengenai pelantikan empat peguam baharu bagi mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dalam pendengaran inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim. Mereka adalah tiga Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan; Mazlifah Ayob; dan…

Warga Emas Dan Isteri Cedera Diragut

M Update, 26/6/2019 – Seorang warga emas dan isterinya cedera selepas diragut dua lelaki dalam kejadian di Kampung Keting, di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 11 pagi, mangsa, Alias Awang, 64, mengalami cedera parah di bahagian lengan dan kaki kanannya, manakala isterinya, Rahimah Mat Hasan, 56, cedera di bahagian…

Angkasawan Russia, AS tiba di bumi

M Update, 26/06/2019 – Kru angkasawan pertama ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) susulan kemalangan pelancaran yang meningkatkan keraguan berhubung program angkasa lepas Russia, tiba di bumi pagi ini. Angkasawan Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA), Anne McClain; angkasawan veteran Russia, Oleg Kononenko dan pemegang rekod Agensi Angkasa…

Maut Kepala Tersepit Tingkap Jengkaut

M Update, 26/6/2019 – Seorang pemandu jengkaut maut selepas kepalanya tersepit pada tingkap jengkaut yang dikendalikannya di kawasan sawah di Bukit Chawi. Dalam kejadian jam 10.15 pagi, Mohamad Redzuan Abdullah, 27, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala. Difahamkan, nahas berlaku selepas mangsa dikatakan diserang sawan ketika sedang…

YDPA Bantu Mangsa Kemalangan

M Update, 26/6/2019 – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli turun dari kenderaan rasmi baginda untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya di Putrajaya. Mangsa kemalangan yang dikenali sebagai Jasliza Jamil bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami kecederaan yang serius. Selesai insiden berkenaan, baginda terus berangkat…

ESSCOM : Cadangan Penstrukturan Semula Dalam Perbincangan

M Update, 26/6/2019 – Cadangan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung penstrukturan semula Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sedang dibincangkan antara Kementerian Pertahanan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Keputusan berkenaan akan dimuktamadkan sebelum dibawa ke Kabinet untuk tindakan susulan bagi membolehkan pelaksanaan dengan segera. Menteri…

Program QFish Dikembangkan Ke Seluruh Negara

M Update, 26/6/2019 – Program ikan sejuk beku atau QFish akan dilaksana di seluruh negara bagi membantu menstabilkan harga ikan dan mengurangkan impak peningkatan kos sara hidup pengguna, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Program QFish ini menyasarkan untuk meningkatkan pengeluaran kapasiti ikan daripada 561 tan metrik kepada…

Bukan Satu Tapi 2 Kesalahan

M Update, 26/6/2019 – Unit Penguatkuasa JPJ Langkawi telah mengadakan ops mencegah lumba haram di beberapa kawasan panas di sekitar Langkawi. Operasi ini dijalankan secara berkala pada setiap hujung minggu. Semasa rondaan dijalankan, pasukan penguatkuasa JPJ telah menahan sebuah motosikal bagi tujuan pemeriksaan. Ketika pemeriksaan sedang dilakukan penunggang terbabit telah…

Warga Palestin boikot isu pelan damai AS

M Update, 26/06/2019 – Ribuan warga Palestin keluar membuat bantahan secara besar-besaran untuk memboikot pelan damai Asia Barat oleh pentadbiran Amerika Syarikat yang bermula di Bahrain, hari ini. Warga di Syria dan Lubnan turut dilaporkan menyertai bantahan di negara masing-masing sambil mempersendakan muslihat Washington. Bengkel dua hari itu difahamkan bertujuan…