Input your search keywords and press Enter.

Muhyiddin Yassin: Sentiasa Setia Dengan Kebenaran

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sekitar akhir tahun 2018 dan awal tahun 2019 kita telah disajikan dengan satu dokumentari bertajuk “M for Malaysia” yang diterbitkan oleh seorang anak muda Malaysia. Jadi berbekalkan dengan semangat nasionalisme yang tinggi (dan tak ada kerja nak buat sebenarnya sebab baru lepas berhenti kerja), penulis pun rasa tazabar nak menonton dokumentari tersebut. Review semuanya positif-positif belaka, tetapi alangkah kecewanya penulis bila mendapati dokumentari tersebut bishe-bishe je. “Can go lah” kata orang putih, sekadar untuk melayan masa senggang. Dan tak rasa terkejut pun apabila mendapat tahu siapa di belakangnya. Pi mai pi mai tang tu jugak!


Selepas menonton, penulis terfikir sejenak tentang successor untuk menerajui Malaysia apabila M ditakdirkan untuk tidak lagi memimpin Malaysia. Siapa lagi yang boleh take over? Bunyi M for Malaysia tu dah cantik sangat percaturan (dan propagandanya) kan. Teori RAHMAN pun dah sodaqallahulazim. Mampu ke pengganti ni bawa Malaysia to the next level? Sebaris negara-negara maju lain? Lamunan penulis terhenti tatkala disergah bini untuk pergi Speedmart sebab roti dah habis. Beras kita beli kan, apadahal.

Tahun 2020 : Wawasan 2020, COVID-19 & Jatuhnya Kerajaan 22 Bulan

Fast forward ke awal tahun 2020, dunia politik Malaysia bergolak. Dalam 1 hari tu macam-macam jadi. M senior tiba-tiba berhenti mengejut sebagai Perdana Menteri dan Malaysia tiba-tiba tak ada PM! Mujurlah sekejap je slot drama sangat ini kerana kita beruntung mempunyai YDP Agong yang sangat adil lagi bijaksana. Terharu semua melihat kasih sayang YDP Agong pada rakyat Malaysia. Sekejap-sekejap Baginda mencemar duli bertemu barisan wartawan yang berkampung di hadapan Istana Negara dan rakyat sentiasa stay informed dengan pengumuman daripada Istana Negara sambil diminta untuk bertenang kerana jalan penyelesaiannya memang ada.


Maka tak sampai sepurnama masalah pun selesai dan tanpa disangka-sangka seorang lagi M telah sebulat suara dipilih untuk menjadi Perdana Menteri. Walaupun ramai yang tidak sangka Muhyiddin Yassin (MY) atau M junior ni akan menjadi PM, tetapi ramai juga yang menghela nafas lega seolah-olah bersetuju dengan pelantikan beliau oleh Agong yang bijaksana. Mungkin apa yang membuat rakyat menerima beliau dengan hati yang sangat terbuka adalah momen kandid beliau melakukan sujud syukur di rumahnya di hadapan semua orang, tanda kelegaan telah selesainya kemelut politik maha hebat yang tidak sepatutnya berlaku in the first place. Tapi siapa kita nak lawan kuasa dan takdir Allah kan?

Siapa Muhyiddin Yassin : Ahli Prolifik Politik dan Bekas Pesakit Kanser

Kalau nak menyorot kehidupan PM MY yang baharu ni, memang tak cukup sehari. Kehidupan yang ditempuh beliau sangatlah berwarna-warni. Keluarga PM kita ni femes bukan sahaja di tempat kelahirannya di Muar tetapi di 1 negeri Johor, kerana almarhum ayah beliau merupakan seorang ulama terkenal iaitu Tuan Guru Haji Muhammad Yassin Muhammad yang mengasaskan sekolah agama yang masih beroperasi hingga ke hari ini. Ketegasan dan sosok keperibadian ayahnya turut diwarisi oleh Muhyiddin, ramai yang mengenali beliau sebagai seorang Ahli Parlimen Pagoh dan mantan Menteri Besar Johor (1986 hingga 1995) yang warak, sangat bersederhana dan merendah diri.


Beliau tidak dilahirkan dalam keluarga bangsawan dan memulakan karier sebagai seorang pegawai tadbir negeri Johor (Johor Civil Service atau JCS) yang special dan berlainan sedikit daripada perkhidmatan awam persekutuan dan negeri-negeri lain. Rakyat Johor khasnya mesti maklum tentang betapa sukarnya untuk diterima masuk sebagai salah seorang anggota JCS dan hanya yang layak sahaja boleh menyertai kumpulan elit ini.


Pada tahun 1978, beliau mula menceburi politik dengan jawatan Ahli Parliament Pagoh sebelum dilantik sebagai Menteri Besar ke 13 pada 1986. Di bawah naungan UMNO dan Barisan Nasional, beliau telah diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan Timbalan Pengerusi BN serta Timbalan Presiden UMNO bermula 2009 hingga dipecat pada tahun 2016 ekoran prinsip tegas beliau terhadap isu skandal 1MDB. Beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri dari 2009 sehingga 2015 dan telah memegang pelbagai portfolio kabinet jadi tidak hairanlah jika beliau mampu dan cekap untuk menguruskan negara sejurus dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8.


Pada Julai 2018, Muhyiddin telah menjalani pembedahan membuang 40 peratus daripada pankreas beliau termasuk duodenum dan hempedu setelah disahkan menghidap kanser pancreas tahap 1. Beliau turut menjalani rawatan kemoterapi selama 8 kali sebelum disahkan sembuh pada 2019. Tabah sungguh beliau kerana kanser pankreas merupakan sejenis kanser yang mempunyai peluang yang amat tipis untuk sembuh. Kalau kita lihat keadaan beliau sekarang pun sudah tentu kita tidak sangka beliau sebenarnya seorang bekas pesakit kanser!

Antara Kejutan, Kebenaran & Kesetiaan

Semuanya tentang Muhyiddin berlaku dalam keadaan mengejut. Ketika beliau menyuarakan tentang keraguan transaksi 1MDB, beliau dikecam kawan-kawan seperjuangan sendiri sehingga dipecat secara mengejut. Rasanya beliau hanya mahukan kebenaran dan mewakili suara rakyat Malaysia yang tertanya-tanya benda yang sama. Namun balasan yang diterima adalah dipecat dari semua jawatan. Patut ke tak patut ye? Salah ke kalau kita nakkan kebenaran?


Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pun secara agak mengejut juga kan. Nama beliau memang tidak disebut-sebut untuk menggantikan Perdana Menteri ke 7. Selama di dalam UMNO-BN dan di PH, beliau sering dianggap sebagai seorang Wingman yang setia menyokong di belakang rakan yang menjadi ketua. Wingman ni kalau istilah asykar-asykar yang membawa aircraft ni sebagai pilot yang duduk di belakang jet yang mengetuai formasi. Kerjanya untuk setia memberi support dan menyokong serta mengukuhkan formasi. Siapa akan sangka Wingman BN dan PH ni yang akhirnya mengetuai PN kan?

From Wingman to Leading Man : MY For Malaysia

Sudah setahun Muhyiddin Yassin mengetuai PN memerintah Malaysia. Walaupun masih awal untuk menilai dan mengeluarkan report card jemaah Menteri PN tetapi kita harus memberi kredit kepada mereka kerana mula memerintah negara di saat satu dunia dilanda wabak pandemik yang sangat berbahaya dan sudah membunuh lebih sejuta manusia di seluruh dunia. Muhyiddin melawan COVID-19 dengann penuh hikmah dan bijaksana sehingga negara pernah merekodkan 0 kes sehari pada tahun lepas. Darurat kesihatan yang diisytiharkan YDP Agong setelah dinasihatkan oleh Muhyiddin Yassin merupakan satu keputusan tepat setelah kes harian semakin menurun ketika artikel ini ditulis.


Malaysia sudah punyai Perdana Menteri yang datang dari pelbagai latar belakang kehidupan; dari kerabat diRaja, golongan bangsawan Melayu, anak Cikgu dan juga anak seorang Ulamak. Masing-masing mempunyai keperibadian yang berbeza dan pendekatan yang berlainan terhadap pentadbiran negara dan juga kebajikan kepada rakyat. Muhyiddin Yassin dikenali sebagai seorang yang kurang bercakap dan lebih fokus kepada bekerja keras untuk negara. Muhyiddin diberi kepercayaan untuk menggalas tugas berat sebagai seorang Perdana Menteri ketika satu dunia dilanda krisis kesihatan yang sangat serius namun jarang sekali kita melihat beliau mengeluh atau pun give up dengan keadaan dan kritikan orang. Beliau pernah jatuh, pernah dipecat, pernah diduga penyakit yang mampu membunuh sekelip mata namun redha dan steady je tak banyak complain. Tak ramai mampu galas tanggungjawab besar macam Muhyiddin ni. Sebab itulah selayaknya Muhyiddin Yassin ni untuk Malaysia.

**Artikel ini adalah pendapat individu dan tidak semestinya mewakili pendirian M-Update.