Input your search keywords and press Enter.

Dunia

Amal Clooney Jaga Kebajikan Wartawan, Media.

M Update, 08/04/2019 – “Keganasan terhadap wartawan sudah mencapai tahap membimbangkan di seluruh dunia dan kita tidak boleh terus mendiamkan diri. Setiausaha Luar Britain, Jeremy Hunt, melantik peguam hak asasi terkenal, Amal Clooney, sebagai ‘wakil khas mengenai kebebasan media’, yang akan mempengerusikan bersama panel pakar perundangan bagi menangani undang-undang zalim…

Polis Tentera Tembak Mati 10 Perompak Bank

M Update, 05/04/2019 – Polis tentera Brazil menembak mati sekurang-kurangnya 10 perompak sebuah bank yang cuba meletupkan sebuah mesin ATM berhampiran Sao Paulo, hari ini. Jabatan Negeri Sao Paulo dalam satu kenyataan berkata, gerakan memburu besar-besaran sudah dilancarkan bagi menangkap baki perompak yang berjaya melarikan diri dalam kejadian di kawasan…

Putera Harry, Meghan Pecah Rekod Pengikut Instagram

M Update, 05/04/2019 –  Putera Harry dan isterinya Meghan Markle memecahkan rekod apabila mencapai sejuta pengikut di akaun Instagram yang baharu dilancarkan dalam tempoh kurang enam jam, kata Guinness World Records semalam. Akaun diberi nama “sussexroyal” yang setakat ini mengeluarkan satu tulisan memaparkan simbol monogram nama mereka, dilancarkan kelmarin dan…

EU Ketepi Visa Untuk Rakyat Britain Selepas Brexit

M Update, 05/04/2019 – Jawatankuasa kehakiman Parlimen Eropah meluluskan teks undang-undang yang sudah mendapat sokongan negara anggota dan kini akan disahkan secara rasmi.  Pembuat dasar Kesatuan Eropah (EU) meluluskan satu perundangan semalam yang membenarkan rakyat Britain mengunjungi negara blok itu tanpa visa walaupun selepas Britain keluar tanpa sebarang perjanjian, di…

Komando Elit Polis Bunuh Diri Di Kediaman Perdana Menteri

M Update, 05/04/2019 – Seorang anggota komando elit polis membunuh diri di sebuah kediaman rasmi Perdana Menteri, Ranil Wickremesinghe dengan menembak dirinya sendiri semalam. Anggota Pasukan Tindakan Khas (STF) itu menggunakan senjata rasmi miliknya, selaras rifel untuk menembak dirinya sendiri di pintu pagar kediaman rasmi berkenaan ketika Perdana Menteri berada…

Parti Pro-Marijuana Thailand Jadi Rebutan Bentuk Pakatan

M Update, 05/04/2019 – Thailand mengadakan pilihan raya pertama sejak rampasan kuasa 2014, bulan lalu dan Bhumjaithai muncul sebagai rakan kongsi utama selepas menang 39 kerusi Parlimen dan berada di tempat kelima undian popular. Seorang pemimpin parti pro-marijuana daripada keluarga berpengaruh menjadi rebutan ketika dua parti utama memerlukan penyertaannya dalam…

Suspek Serangan Masjid Jalani Pemeriksaan Mental

M Update, 05/04/2019 – Tertuduh, Brenton Tarrant, akan dipantau oleh dua pegawai kesihatan untuk melihat sama ada dia layak dibicarakan atau mempunyai masalah mental. Hakim sebuah mahkamah di sini, hari ini mengarahkan lelaki yang didakwa menyerang masjid bulan lalu, menjalani pemeriksaan mental bagi menentukan sama ada dia layak menghadapi perbicaraan…