Input your search keywords and press Enter.

Pemukiman pemimpin Malaysia-Singapura April ini

M Update, 28/3/2019 – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, akan bertemu rakan sejawatannya dari Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Putrajaya pada minggu pertama April bagi Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia ke-9. Dalam laporannya, The Straits Times yang memetik Kementerian Luar Singapura, antara lain menyatakan Malaysia mencadangkan supaya pemukiman diadakan pada…

Wisma Putra : Malaysia gesa Israel hormati undang-undang antarabangsa

M Update, 28/3/2019 – Malaysia menggesa Israel supaya menghormati undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan bagi mengekalkan keamanan, keselamatan serta kestabilan di rantau itu. Wisma Putra dalam satu kenyataan, semalam, berkata Malaysia amat bimbang dengan peningkatan keganasan di Gaza berikutan serangan balas Israel yang berlebihan. Beberapa…

Pendapatan tambahan lebih RM600 juta inisiatif ekonomi digital

M-Update,27/3/2019, KUALA LUMPUR: Inisiatif ekonomi digital dilaksanakan kerajaan berjaya menghasilkan pendapatan tambahan berjumlah lebih RM600 juta kepada kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40), hingga akhir tahun lalu. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berkata hingga akhir tahun lalu, seramai 220,832 peserta dilatih dan 123,536 pekerja digital daripada golongan B40…

5,022 gelandangan dapat kerja

M-Update,27/3/2019, KUALA LUMPUR: Seramai 5,022 gelandangan yang mendaftar masuk secara sukarela ke lima Anjung Singgah di seluruh negara sudah mendapat kerja sejak 2011.Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh, berkata dalam tempoh itu seramai 6,936 mendaftar di Anjung Singgah berkenaan. “Penekanan dalam aspek kaunseling, bimbingan dan motivasi dilaksanakan…

Pasar Nelayan bebas cengkaman orang tengah

M-Update,27/3/2019, KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melaksanakan pendekatan bersepadu mewujudkan Pasar Nelayan untuk memendekkan rantaian pemasaran hasil nelayan dan melepaskan golongan itu daripada cengkaman orang tengah. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, berkata program itu adalah strategi serampang dua mata yang memberi peluang kepada nelayan…

Rakan yakin Acap selamat

M-Update,27/3/2019, “SAYA risau tetapi yakin Acap selamat dan boleh bertahan sampai kami menemuinya,” kata Mohd Efandey Sinin, 44, rakan kepada Mohamad Ashraf Hasan, 29, yang hilang ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di kawasan Gua Tempurung, Gopeng, Perak, Sabtu lalu. Efandey berkata, dia mengenali rakannya yang juga Pembantu Makmal Klinik…

Mahkamah kurangkan ikat jamin suspek buang sisa toksik

M-Update,27/3/2019, JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membenarkan ikat jamin RM250,000 terhadap seorang pengarah syarikat warga Singapura yang sebelum ini tidak dibenar dijamin bagi pertuduhan membuang dan bersubahat melupuskan sisa toksik ke Sungai Kim Kim, awal bulan ini. Mahkamah turut memutuskan jaminan yang dikenakan ke atas pemandu lori…

Kos projek MRT2, LRT3 hanya RM23.84 bilion

M-Update,27/3/2019, KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dan Transit Aliran Massa 2 (MRT2) diteruskan dengan pengurangan kos keseluruhan sebanyak RM23.84 bilion hasil inisiatif dan rundingan dengan pihak kontraktor. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata LRT3 diteruskan dengan kos keseluruhan RM16.63 bilion berbanding kos asal RM31.65 bilion manakala…

Kerajaan tambah baik Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

M-Update,27/3/2019, KUALA LUMPUR: Kerajaan akan sentiasa mengemaskini dan menambah baik undang-undang sedia ada termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi memastikan ia kekal relevan dan seiring dengan peredaran semasa. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith, berkata langkah itu bagi memastikan usaha menangani isu yang mampu menggugat kestabilan, keamanan…

PRK Rantau: SPR hantar kad pengundi mulai hari ini

M-Update,27/3/2019, PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menghantar kad pengundi kepada 20,922 orang pengundi bagi memudahkan mereka untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan. Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, SPR akan mengedarkan kad tersebut kepada semua pengundi bagi PRK DUN Rantau…