Input your search keywords and press Enter.

Tag

Kementerian Pertahanan Malaysia

Dua Kawasan Di Selayang, Chow Kit Dikenakan PKPD

M Update, 5/5/2020 – Dua kawasan di Selayang dan Chow Kit dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan penularan COVID-19. Kawasan terbabit adalah Taman Wilayah dan Taman Desa Bakti di Selayang manakala Chow Kit membabitkan kawasan sekitar Jalan Raja Bot. PKPD di kawasan berkenaan bermula sejak tengah malam tadi. Perkara…

Sarawak Benarkan Dua Orang Dalam Satu Kenderaan Bermula Hari Ini

M Update, 30/4/2020 – Sarawak memutuskan untuk mengikuti peraturan terbaharu Kerajaan Persektuan yang membenarkan dua ahli keluarga terdekat untuk keluar rumah dengan satu kenderaan. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata keputusan itu berkuatkuasa serta-merta, hari ini. “Mulai hari ini, Sarawak akan mematuhi peraturan peringkat pusat itu yang…

SOP Solat Tarawih Akan Dibincangkan Hari Ini

M Update, 30/4/2020 – Kerajaan akan membuat keputusan berhubung kebenaran pelaksanaan solat tarawih di masjid sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) keempat dengan prosedur operasi standard (SOP) tertentu seperti penjarakan satu meter, melalui perbincangan hari ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata SOP berhubung amalan ibadah seperti solat…

Rakyat Tempatan Jangan Jadi Tali Barut PATI!

M Update, 27/4/2020 – Polis Kedah minta rakyat tempatan berhenti menjadi ‘tali barut’ sehingga membolehkan pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke negara ini. Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata pihaknya mengenal pasti banyak ‘lorong tikus’ di sempadan Thailand selain di Langkawi, Kubang Pasu dan Alor Setar sama ada…

Pelajar IPT Mulakan Bergerak Pulang Ke Kampung Hari ini

M Update, 27/4/2020 – Sebilangan besar pelajar di institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta mampu tersenyum lebar, hari ini kerana akan memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing. Bagi pelajar beragama Islam, sudah pasti terbayang hidangan juadah berbuka puasa yang bakal dinikmati bersama keluarga selain menjalani ibadah puasa dengan…

Bekalan Makanan Mencukupi Sepanjang Ramadan

M Update, 24/4/2020 – Orang ramai tidak perlu bimbang kerana bekalan makanan dan keperluan harian sepanjang bulan Ramadan dijamin mencukupi sekali gus boleh menampung keperluan. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kementerian Pertanian dan Industri Makanan turut memberi jaminan bahawa bekalan barang basah seperti sayur-sayuran, daging dan…

MKN Rangka SOP Khusus Di 3 Zon

M Update, 24/4/2020 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang membuat prosedur operasi standard (SOP) khusus berhubung pergerakan yang boleh dilakukan di dalam zon hijau, kuning dan merah. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya mengarahkan MKN berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)…

Pelajar IPT Mula Pulang Isnin Ini, Hanya Melibatkan Perjalanan Ke Zon Hijau

M Update, 24/4/2020 – Kerajaan akan membenarkan pergerakan penghantaran pulang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, termasuk politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bermula Isnin ini secara berperingkat. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penghantaran pulang itu dijangka membabitkan kira-kira 53,000…

Permohonan Bergerak Dari Kampung Mulai 25 April

M Update, 22/4/2020 – Rakyat yang berada di kampung dan ingin pulang ke kediaman masing-masing perlu membuat permohonan dan pendaftaran kepada polis bermula 25 April ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata permohonan itu boleh dibuat melalui dalam talian atau di balai polis berhampiran. Bagaimanapun, kebenaran untuk…

Menteri Agama Akan Buat Ketetapan Cuti Aidilfitri: Ismail Sabri

M Update, 20/4/2020 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan berbincang dan membuat ketetapan berhubung cuti Hari Raya Aidilfitri tahun ini, sama ada ditangguhkan atau sebaliknya. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan menyerahkan perkara itu kepada menteri…