Input your search keywords and press Enter.

Tag

Polis Diraja Malaysia

Wanita Maut Ditikam Teman Lelaki

M Update, 4/2/2020 – Wanita ditemui mati dipercayai dibunuh teman lelakinya di sebuah rumah di Kampung Padang Balang, Sentul, Kuala Lumpur, semalam. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, polis menerima laporan kejadian itu daripada seorang wanita, pada 5.52 petang. Bertindak atas laporan, polis ke lokasi kejadian…

KPN : PDRM Sokong Hukuman Berat Pemandu Mabuk

M Update, 31/1/2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyokong keputusan kabinet yang ingin meminda undang-undang dan mengenakan hukuman berat kepada pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya yakin hukuman terhadap pemandu berkenaan perlu ditingkatkan dan ditangani dengan baik. “Jika dilihat…

Kes LTTE: Permohonan Jaminan ADUN Gadek Ditolak

M Update, 30/1/2020 – Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonan jaminan membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, G Saminathan yang ditahan kerana dikaitkan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membuat keputusan itu dengan mengambil kira LTTE masih digazet sebagai…

Koronavirus : Empat Lagi Individu Ditahan Sebar Berita Palsu

M Update, 30/1/2020 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam menahan empat lagi individu disyaki menyebarkan kandungan berita palsu mengenai penularan jangkitan 2019 novel koronavirus di laman media sosial. SKMM dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua suspek yang berusia 24 hingga 49 tahun itu…

Hukuman Lebih Berat Bagi Pemandu Mabuk

M Update, 30/1/2020 – Kabinet bersetuju untuk meminda undang-undang sedia ada berkaitan kesalahan memandu kenderaan dalam keadaan mabuk, pengaruh dadah serta memandu secara bahaya. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata akta sedia ada akan dipinda untuk memberi hukuman lebih berat dan setimpal kepada mereka yang memandu di bawah pengaruh…

Coronavirus : SKMM Tahan Individu Sebar Berita Palsu

M Update, 29/1/2020 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang suspek yang disyaki menyebarkan berita palsu mengenai virus coronavirus (2019-nCov), semalam. SKMM menerusi satu kenyataan memaklumkan, suspek berusia 34 tahun itu ditahan di kediamannya di Bangi pada jam 4 petang bagi membantu…

Lelaki Dibelasah Rempuh Mati Penunggang Motosikal

M Update, 23/1/2020 – Lelaki yang dibelasah orang awam selepas pacuan empat roda dipandunya merempuh dua motosikal sehingga menyebabkan kematian dalam kemalangan di Jalan Kebun, Klang, direman untuk membantu siasatan, hari ini. Hari ini, rakaman video pemandu Ford Ranger berusia 37 tahun terbabit dipijak dan dibelasah orang awam selepas kemalangan…

Macau Scam : Wang KWSP, ASB Lesap Ditipu

M Update, 21/1/2020 – Seorang juruteknik kilang kerugian sebanyak RM155,401 apabila wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliknya lesap dipercayai angkara Macau Scam. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, wanita berusia 56 tahun itu dihubungi seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai wakil…

Pelumba Haram Mercedes Benz Kuning Tumpas

M Update, 21/1/2020 – Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes lumba haram membabitkan dua kereta Mercedes Benz, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata wanita berusia 30-an ditahan di rumahnya. Manakala katanya, dua lelaki berusia 30-an hadir ke…

Padah Hina Anggota Trafik

M Update, 20/1/2020 – Akibat berkongsi video tular di media sosial dan menulis status hantaran mempertikaikan tugas anggota polis trafik, seorang operator kilang ditahan semalam untuk membantu siasatan. Lelaki itu berkongsi video tular memaparkan penunggang motosikal yang disaman tidak memakai topi keledar dengan status hantaran, “Kacau oo jalan kampung pun…